}

Terbaru

Showing posts with label Transfer Rumours. Show all posts
Showing posts with label Transfer Rumours. Show all posts

Anda tak Nampak Ni? : Suci dalam Debu


Tahukah anda... Liverpool hanya membelanjakan £1.8juta selepas campur tolak?
Hanya 15 poin daripada Top 4
Owner bijak yang pandang jauh
Manager berinspirasi
Skuad semakin muda
Liverpool menuju ke era baru

Untuk elak kekeliruan, tiga segmen, Welcome To Anfield, Jasamu dikenang, & Selamat Jalan Hipokrit


Ringkasan Keluar Masuk :
Sebutan | Bang itu bunyi pistol, bukan panggilan 'abang'
<Andy Carrol (22, Newcastle United, , £35j)
<Luis Suarez (24, Ajax, £22.8j)


>Fernando Torres (26, Chelsea, £50j)
>Ryan Babel (24, Hoffenheim, £6j)
>Victor Palsson (19, Hibernian, ?)


Pinjaman :
>Paul Konchesky (Nottingham Forest)
>Nathan Eccleston (Charlton)
>David Amoo (Milton Key Dones)



~WELCOME TO ANFIELD!~




Andy Carroll, Terlalu Mahal?
No. 9 | Jom ledak Chelsea!
£35j untuk Carroll, pemain muda baru 22 tahun. Dianggap bakal menjadi legenda Newcastle macam Shearer, pemergiannya ke LFC membangkit kemarahan peminat The Toons. Carrol menjaringkan 19 gol musim lepas sekaligus membantu Newcastle naik ke atas liga tertinggi semula. Kat Liga EPL pun die dah skor 11 gol, hanya ketinggalan di belakang Tevez dan Berbatov


Kelebihan : 
-Muda serta link up dengan pemain senegara, Stevie dinanti. 
-Besar dan tinggi, badannya sekeras besi
-Peledak dalam petak penalti tambah-tambah headernya yang mantap. 
-Paling penting workrate die paling mengagumkan, bukan jenis merajuk macam Torres, hilang bola tunduk kepala pastu marah-marah


Kekurangan :
-Masalah luar padang, pernah dihukum sebab belasah bekas awek die. Juga pernah terlibat pergaduhan kat kelab-kelab hiburan dan pernah kena tangkap polis untuk soal siasat. Teammate die pun pernah die cari pasal


Dan baru masuk Liverpool, die dah buat kontroversi dengan menyatakan Newcastle United menghalau die ke Liverpool, padahal ia dinafikan Alan Pardew yang kate Carroll yang gopoh nak kontrak baru, padahal baru dapat Oktober lepas. 
Trust Me! Kenny Wont Waste LFC Money!


Luis Suarez Isi No.7



49 gol dalam 48 sumer match musim lepas, Suarez dengan gelaran 'El Pistolero' sebab style celebration membedil-bedilnya. 
Mungkin die famous sebab pernah gigit telinga player dan handball die dalam World Cup yang lepas, tapi jangan tengok sebelah tu je.
Suarez sememangnya goalscoring machine, dan dalam World Cup sebelum insiden 'tangan', gandingan die ngan Diego Forlan dah bawak Uruguay jauh hingga ke semi final.
Suarez, pemain Amerika Selatan memang tersohor dengan keghairahan dan kesungguhan dalam bolasepak, salah satu penyebab die buat handball dalam World Cup 2010.


Kelebihan :
-Laju dan boleh bermain sebagai second striker dan winger, memang ape yang diperlukan Liverpool dalam serangan
-Bullet shot yang laju tapi accurate, arap die buleh buat jugak dalam EPL!
-passion dalam bola, workrate yang pasti sesuai dengan kehadiran Meireles, Kuyt, dan Carroll! 
-leadership, die kapten Ajax. Tahukah anda die potong  rambut semata-mata nak nampak berdisiplin semasa diberi tugas sebagai kapten Ajax! 


Kekurangan
-Aggresif, ade satu musim di Ajax di mana die dihujani kad kuning terlalu banyak. Tapi bukankah aggresif tu satu kelebihan?


Penghargaan | Suarez tak lupa budi Ajax, dan tak sabar bermain
Mungkin ramai orang anggap die penipu sebab insiden Piala Dunia, tapi Suarez, setibanya kamu di Anfield, kita sudah jadi satu keluarga. Memang die aggresif, tapi bukan disebabkan panas baran, tapi keinginan die untuk menang! Kalau korang tak tau camne cara pemain Amerika Selatan main, tengok Tevez.


JASAMU DIKENANG!


Babel Kejar First Team
Bermaruah | Last-last, Babel lagi dihormati daripada El-Nonok
Memang kurang menjadi kat Liverpool, tuah kamu mungkin di negara asal, bermain di Hoffenheim.
Kami takkan lupakan anda sebagai 'super-sub' pada musim pertama kamu, dan harap semuanya jadi lebih baik kat sane! YNWA!


SELAMAT JALAN HIPOKRIT
Rambut | Cam makin botak
Torres Buru Piala untuk Hidupnya Yang Kosong




4 musim bersama, 
suka duka,
kami ciptakan sebijik lagu untuknya,
di kala tak perform,
kami beri sokongan,
"dia masih injured, dia masih tak fit, dia baru beranak"
KAMI TIPU-TIPU LAGI

kau merajuk di padang,
tak kejar bola,
 kami tak marah,
KAMI TIPU-TIPU LAGI


kami biarkan ko operate sebelum worldcup,
kami gadaikan mu untuk impianmu,
sekarang kau gadaikan kami untuk impianmu
KAU TIPU-TIPU LAGI

kami tak kisah kau memburu impian,
tapi,
mengapa di tengah musim?
kau katakan kau ade kontrak panjang dan akan hormati
KAU TIPU-TIPU LAGI

mengapa sebelum ni kau katakan hanya Liverpool kelab Inggeris mu?
mengapa kamu ke kelab lawan?
KAU TIPU-TIPU LAGI

mengapa kamu tinggalkan semasa kami di bawah?
mengapa kamu katakan kamu bersedia hadapi cabaran bersama-sama?
KAU TIPU-TIPU LAGI

gol-gol mu akan kami bilang,
jasamu akan kami kenang,
tapi tidak namamu,
kerna semua hatimu sudah terbongkar,
kerna,
KAU TIPU-TIPU LAGI..

dah.. aku LUPA.. aku LUPA ...

Pemergian Torres akan menyemarakkan semangat The REDS! We will make you regret, just like Owen


Tahukah anda... Liverpool hanya membelanjakan £1.8juta selepas campur tolak?
Owner bijak yang pandang jauh
Manager berinspirasi
Skuad semakin muda
Liverpool menuju ke era baru
Suci dalam Debu



.

Gila! Liverpool Habiskan £70juta! Betul ke?

Transfer Windows hampir tamat, dengan hari ni merupakan hari terakhir dan tinggal beberapa jam sebelum ia ditutup pukul 7pagi waktu Malaysia. Tapi Liverpool menggila dengan mendapatkan khidmat 2 pemain setakat ni, dan sorang lagi dikatakan sudah hampir dekat. Sape pemain-pemain ni? Banyak pulak duit John Henry, YNWA! 
Terbakar | Sape tak panas


Torres Sah Chelseatan
Dari Twitter | Torres balik dari Melwood pakai Heli
Web rasmi LFC konfimkan menerima tawaran untuk Torres daripada Chelsea. Jumlah dikatakan sebanyak £50j.
Hati dah tak kat Liverpool, boleh blah
Andy Carrol Pecah Rekod Kelab dan Domestik
Pelakon terbaik | Torres
Liverpool FC official website dah umumkan offer dorang untuk mendapatkan pemain ni sudah diterima Newcastle United. Carrol jugak dah buat transfer request dan ia diterima. Yang tinggal hanyal medical checkup, walaupun dia injured sekarang ni. Personal aggrement pun sudah beres
Jumlahnya kira-kira £35! Entah berbaloi ke tidak

Suarez, Memang dah Kompem
Hand ball, Gigit telinga | Tak kisah, buleh skor gol
Selepas beberapa siri tarik tali dengan Ajax, akhinrya Liverpool memecahkan rekod kelab dengan offer sebanyak £22.8j. Satu rekod yang dipecahkan dua kali dalam satu transfer windows kelab ni!
Suarez sumer dah setel, yang tinggal cume ambil gambar je
Jumlah £22.8j, kira £57.8j dah!


Dan terakhir, Charlie Adam
Betulkah? | Adam hampiri Liverpool?
Chairman Blackpool taknak jawab panggilan Liverpool pasal pemain ni, tapi last2 sebab terdesak Liverpool tawar £10-14j.... Banyak tuh... dan Charlie Adam dah menuju ke Anfield untuk bereskan segala-galanya. 
£14j+£22.8j+£35j=£71.8j!


Unsung hero? | Korbankan maruah untuk bagi duit kat Liverpool? Ptuih
.

Transfer Rumours Bahagian 4 Januari

Update mengenai ura-ura perpindahan yang berlaku sekitar penghujung bulan Januari dan menjelang akhir-akhir minit transfer windows ni.


Ryan Babel ke Hoffenheim
Pemain yang pelik kerana tak sape tau mane posisi terbaik die samaada kat winger ataupun striker. Jumlah perpindahan sebanyak £6j diperlukan selepas Babel gagal dalam percubaan ke Ajax


Victor Palsson ke Hibernian
Berasal dari Iceland, pemain ni gagal buat sebarang kemunculan kat first team dan dijual ke Hibernian


Eccleston dan Mavinga dipinjamkan
Masing-masing  ke Charlton dan Genk untuk mencari pengalaman bermain di kesebelasan utama



Loan Ayala ke Derby Cancel
Ke Derby untuk pinjaman, tapi dibatalkan

Kochesky Ke Liga Bawah
Disebabkan die takleh ke mane-mane kelab divisyen tertinggi sebab dah main kat 2 kelab musim ni. Jadi Konchesky dipinjamkan ke Nottingham Forest




Suarez Sejengkal Lagi ke Melwood
Dah kat Melwood | Gambar Twitter Suarez layan peminat
Die dah pass medical, dan sumer perjanjian dah disepakati, tinggal beberapa kertas kerja je lagi, dan Liverpool akan mengumumkan kepada umum tak lama lagi
Kesian-Orang sekarang patutnya happy pasal Suarez masuk sini, tapi lagi sibok pasal Torres



Torres Nak Keluar
True Reds? | Not anymore
Hajat Torres membuat transfer request selepas Liverpool menolak tawaran Chelsea bernilai kira-kira £35j (£20j+Sturridge). Liverpool dikatakan mahu £50j beserta Anelka. Chelsea pulak akan kembali dengan tawaran setinggi £50j, tapi setakat ni masih tiada perkembangan.
Anelka pulak tak berminat ke Liverpool.
Cerita Torres nak blah asalnya bermula selepas World Cup, tapi dia diyakinkan untuk stay dengan jaminan Liverpool akan bawa masuk pemain-pemain ternama, dan jika sumer tu tak berlaku, Liverpool kena terima bidaan sebanyak £50j daripada mana-mana kelab. Tapi tak tau mane kesahihannya.


Bapak Adam Bengang ngan Holloway
Kejar Impian | Cam same kes ngan Torres, bezanya Chelsea bayar murah
Tawaran sebanyak £4j ditolak Blackpool, tapi Liverpool tambah tawaran ke £6.5j dan masih ditolak. Terbaru kononya Ferguson nak jugak menyibuk. Bapak Charlie Adam pulak tak puas ati sebab Blackpool tak benarkan Adam berpindah, padahal tawaran Liverpool dah 13kaliganda dairap jumlah bayaran Blackpool semasa die ke Blackpool dulu
Setan Merah ni menyibuk mesti sebab nak naikkan harga Charlie Adam, padahal taknak beli pun

Mark Hughes To The Rescue
Tak beri peluang | Tak sesuai di kelab tinggi
Pemain belian Hodgson, Paul Konchesky gagal kembali ke Fulham Januari ni. Tapi manager Fulham berikar akan kembali mendapatkannya awal musim depan.
Kesian lagi-Kenny tak minat pun nak turunkan dia, tapi memang patut pun



Serius ke, Andy Carroll?
Aik? | Asal muka lain?
Ura-ura bahawa Liverpool dah menawarkan £35j untuk mamat ni sebagai alternatif pengganti Torres
Biar betik? Aku tau la Glen Johnson, Darren Bent, sumer nak mahal. Baik simpan beli winger


.

Kesian Suarez

Hero to zero | Torres mesti tengah rase 'fail'
Lepas spekulasi memanjang dan meleret-leret pasal pemain Uruguay ni, barulah Liverpool diberi peluang berbincang dengan pemain ni pasal kontrak. Dan kalau sumernya beres, Suarez akan pergi buat medical checkup kat klinik berdekatan, dan kalau pass tanpa sebarang dadah atau masalah gigi (pernah berlaku), barulah Luis Suarez jadi milik mutlak Liverpool. Rekod pembelian Liverpool sebanyak £22.8j wow!



Nafas Lega
Entah macammana kes, bidaan asalnya yang dari £12j dinaikkan ke £18j, dan finally £22.8j! Barulah Ajax rela melepaskan Suarez. Tu pun tambah dengan beberapa pujukan daripada pemain tu sendiri.
Tapi kesian jugak kat Suarez ni, sepatutuya sekarang media duk heboh pasal dia masuk Liverpool. Rekod kot, lagi mahal daripada Torres!




Tenggelam Bawah Isu Torres
Tau tak ape citer Torres. Kecewa pun ade, bersedialah dan relakan hatimu dengan berita mengejutkan ni. Selepas Chelsea offer kat Liverpool dengan tawaran kira-kira £35j (£20j+Sturidge) untuk El-Nino yang selepas itu direject bulat-bulat. Mengejutkan, Torres buat transfer request kat Liverpool tapi direject sekali lagi kerana Liverpool mahu Torres hormati dan patuh kat kontrak panjang die.


Komplot?
Senda| Ko giler ingat Sturridge nilai £15j?
1. Aku tak paham betul kenapa Torres buat permintaan untuk di'transfer'kan kat tengah-tengah musim. Lagipun die dah start pelan-pelan kayuh bawah King Kenny dengan 2 gol dalam 3 match.
2. Dan aku tak paham kenapa LFC buat pengumuman pasal transfer request Torres kat website rasmi, kompem jatuh maruah Torres. Jatuh la jugak jualan merchandise Liverpool yang ade name Torres, sebab memang fan tengah meradang ngan Torres ni. (Takpun LFC website ni giler trafik)
3. Ade jugak idea yang mencadangkan Torres buat camni untuk desak NESV melabur lebih untuk Suarez, padahal Ajax terima offer untuk Suarez sebelum Torres buat transfer request.
Tapi tu sumer nak sedapkan hati je, terimalah kenyataan. 


Tak saper-saper lagi besar daripada kelab Liverpool, termasuklah Torres. Mane ade manusia same besar ngan Stadium? Pikir-pikirkanlah


Legenda Liverpool, St John pun dah kasi warning kat Torres, sumer player Chelsea dah tua-tua, pemain muda tinggal Ivanovic ngan Ramires je yang bleh makan. Kelab ni perlu duit untuk naik


Reaksi fan Blues | Kelab camni ke ko nak pegi?


Suarez tiba | Baju Liverpool tu

Transfer Rumours Bahagian 3 Januari

Sambungan bahagian ketiga mengenai perkembangan dalam transfer windows Januari. Liverpool ade buat beberapa tawaran untuk pemain-pemain baru termasuk Luis Suarez dan Charlie Adam serta menerima tawaran daripada Hoffenheim untuk Babel. Ikutilah koleksi ringkasan sambungan ketiga ni.


Coentrao Minat Liverpool
Bek kiri kelab lama Meireles ni, Fabio Coentrao menyatakan minat kepada Liverpool tapi  teruja bila dikaitkan dengan Mourinho
Susah nak cari bek kiri bagus zaman sekarang, dan Coentrao antara salah sorang daripada tuh. Tapi harga die mahal sangat dalam £20j ke £30j


Holloway Panas Offer 'Menganjing' untuk Adam
£4j offer daripada Liverpool direjek bulat-bulat Blackpool kerana dianggap menghina. Dia menjelaskan Blackpool tak terdesak untuk menjual dan Blackpool ade maruah. Dia juga melindungi Kenny dengan mengatakan tawaran itu mungkin dibuat Comolli
Memang la menganjing, kalau Blackpool kena relegate sebab jual Adam, lagi banyak dorang rugi jadi £4j memang tak cukup... Ingat beli anak ayam ke?


Perkembangan Luis Suarez
Tawaran Liverpool tak menarik kira-kira £12j minat Ajax untuk melepaskan Suarez. Ajax mahu Liverpool menyediakan tawaran lumayan £20j, dan mahu ianya dilakukan dengan cepat sebelum tamat tempoh transfer windows kerana mahu mencari pengganti 
Ingat beli anak ayam ke? Ajax taknak lepas player ni membuktikan die power, sekali-sekala pakai duit la Liverpool!


Babel Ketemu Hoffenheim
Liverpool menerima offer kira-kira £5.8j daripada Hoffenheim, dan Babel diberi peluang berbincang dengan kelab tu. Tapi wakil Babel menyatakan Hoffenheim hanya jadi pilihan kalau die tak dapat ke Ajax
Naper murah sangat jual Babel? Tapi buleh tambah bajet untuk Suarez


Hajat Babel ke Ajax Gelap
Harapan Babel untuk kembali ke Ajax semakin gelap bila bos Ajax menyatakan gaji Babel terlalu mahal dan boleh mengganggu struktur kewangan kelab tu
Pegi Hoffenheim jelah Babel, sian ko nak main first team dari dulu lagi


Konchesky Kembali ke Fulham?
Peraturan Fifa tak membenarkan Konchesky ke kelab selain Liverpool dan Fulham, jadi pilihan yang ade hanyalah untuk loan balik ke Fulham. Dikatakan ade kelab seperti West Ham dan Charlton berminat
Saper la yang nak ko?


Jovanovic Taknak Pindah
Jovanovi menyampah dengan spekulasi mengaitkan die keluar dan mahu berjuang untuk merebut tempat dia dalam kesebelasan utama


Honda Minat Liga Sepanyol
Liverpool mungkin tersentak dengan dakwaan Honda yang menyatakan keinginan untuk bermain dengan Athletico Madrid yang mungkin sesuai dengan gaya permainan dia
Dah cukup midfield kat team kite ni...


Negredo Pilihan Kedua
Memandangkan harga Luis Suarez yang mahal, Negredo mungkin menjadi pilihan kedua sebagai backup plan
Entah betul ke tak rumours nak sorang lagi striker, setakat ni Kenny prefer main lone striker.
Cari la sape-sape nak backup kalo Torres injured


Kenny : "Kita buat senyap-senyap"
Kenny tak mahu buat ape-ape spekulasi mengenai pemain yang bakal ke Liverpool Januari ni, dan hanya mengumumkan sesuatu bile ade berita yang jelas dan terbukti
King Kenny jugak yang rilek, Comolli dok kecoh-kecoh kat luar... tapi sorang habuk tak datang

.

Transfer Rumours Bahagian 2 Januari

Sambungan Spekulasi Terkini Liverpool Untuk Transfer Windows Januari ni. Beberapa pemain terus dikaitkan seperti Luis Suarez , dan beberapa pemain tua. Jangan percaya sangat gosip-gosip ni, kalu nak tau cerita betul pergi tanya tuan rumah sendiri.


Ajax Dan Luis Surez Bersedia Berpisah
Luis Suarez berminat dengan mane-mane kelab yang boleh menawarkan trofi kepadanya. Bos Ajax pun dah bagi lampu hijau untuk Suarez berpindah, dengan melucutkan tanggungjawab ketua pasukan lepas pemian tu nampak tak perform selepas spekulasi die. Liverpool dikatakan menawarkan £17j untuk dia
Persoalannya sekarang, boleh ke Liverpool tawarkan trofi kat die dalam mase terdekat. 



Adam Tak Hirau Spekulasi
Kapten Blackpool, Charlie Adam langsung tak terganggu atau berminat dengan mane-mane spekulasi melibatkan dia sebab die hanya fokus untuk bermain bolasepak
Power sungguh mentaliti Scottish ni!



Arsenal Mendahului Perebutan Chamberlain
Alex Oxlade-Chamberlain yang menarik perhatian Liverpool mungkin terlepas keranan kononnya Arsenal dah buat perhitungan dengan jumlah pembayaran dalam £10j setelah dicampur kos lain
Tak kisah pun terlepas, improve first team kiter dulu!


Warnock Untuk Bek Kiri
Kurang mendapat tempat kat Aston Villa, Liverpool dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmat Warnock untuk sementara waktu (loan)
Sekurang-kurangnya kiter ader backup baik selain Aurelio yang kuat injured, jadi loan cepat-cepat!


Van Bommel Tarik Minat Liverpool?
Pemain berumur 33 taun Bayern Munich ni dikatakan bersedia berpindah, dan Liverpool dah bid £2.5j untuk dia. Turut disaingi AC Milan dan Inter
Walaupun dah tua, dia masih world-class dan £2.5j tu cukup murah! Boleh kuatkan bahagian tengah!


Jovanovic Turut Jejak Hodgson?
Jovanovic dikatakan akan diloan ke kelab Turki, Trabzonspor, dan bakal siap hujung minggu ni
Daripada tak main, baik loan keluar, dapat peluang lebih untuk pemain muda nanti


Winger Aston Villa, £10j
Liverpool kononnya bersedia menawarkan £10j untuk winger Aston Villa, Stewart Downing
£10j? Baik cari Elia takpun Keisuke Honda, atau Nzogbia


.

Transfer Rumours Kenny Dalglish Setakat Ini

Hampir semua khabar-khabar angin yang terlibat dengan Roy Hodgson terpaksa dibuang sebab boleh dikata expired bila Kenny Dalglish menggantikan dier. Jadi Reds On The Spot kena adjust balik sumber-sumber sebelum ni.


Pertahanan Stoke Sasaran Kenny
Ryan Shawcross, pemain berumur 23 tahun dikatakan jadi sasaran untuk kuatkan benteng goyah Liverpool
Muda, dan ni la pemain untuk Liverpool sekarang sambil tunggu pemain muda lain membesar!


Wonderkid Dari Beligum Dikaitkan
Liverpool terpaksa berebur dengan kelab seperti Real Madrid dan Arsenal untuk goalscoring machine nih.
Harga die dalam £20j! Memang la dier skor banyak dan muda, tapi tu liga taraf mane? Belgium?


Sevilla Mungkin Pertimbang Tawaran Untuk Negredo
Liverpool dikatakan bersedia menawarkan £17j untuk striker Sevilla, Alvaro Negredo
Pemain jenis poacher yang ok la jugak. Tapi takkan la sampai £17j???


Luis Suarez , Serius?
Liverpool dan Tottenham dikatakan masih berebut untuk khidmat Luis Suarez. Ajax pun dah konfemkan dua-dua kelab ni ader bertanye pasal Suarez. Kononnya sekarang ni Ajax mencari saper offer paling tinggi dalam £19j ke 21j! Tapi Liverpool hanya akan menawarkan £15j
Yang ni kalau mahal takper! 49 gol dalam 48 penampilan musim lepas!


Wolfswinkel Sasaran Roy, Masih Jadi Sasaran?
Harga dalam £9j, pemain sasaran Roy ni dikatakan masih dalam radar Liverpool. Napoli pun berminat
Bagi saye tak cukup bagus untuk Liverpool


Takder Perkembangan Santon
Ejen Santon mendedahkan walaupun terhangat di pasaran, masih takder aper-aper perkembangan atau tawaran rasmi untuk khidmat Santon
Rugi la kalau tak dapat dier ni, boleh main bek dua-dua belah kiri dan kanan. Harga dalam £9j


Comolli Dedah Sasaran
Damien Comolli menyatakan hasrat Liverpool untuk mencari striker, winger dan fullback Januari ni. Tapi setakat ni takder lagi yang dia berkenan atau dekat-dekat nak masuk


Pampasan kat Roy Hodgson Tak Jejas Transfer Budget
Ian Ayre, salah seorang pengarah Liverpool menjelaskan jumlah wang pampasan yang akan dibayar kat Roy Hodgson takkan diambil dari transfer budget Liverpool


Mertesacker Tolak Hajat Berpindah
Pemain Werder Bremen ni menjelaskan sekarang ni situasi Werder memerlukan die. Dan die nak fokus untuk tolong Werder dan akan tolak mana-mana tawaran berpindah tak kire ke Arsenal atau Liverpool
Sayangnye...



Juventus Buru Torres
Juventus dikatakan akan menawarkan £25j campur striker Amari untuk pikat Liverpool. Man City dan Chelsea pun berminat
Karut Ah
Pemain U-18 England

Pemain sayap Southampton, Alex Oxlade Chamberlain masih dikaitkan dengan Liverpool. Kononnya Liverpool dah bersedia dengan bidaan £10j
Mahal bangat.. bek beli player untuk first team


Bintang Muda Blackburn
Khabarnye Dalglish telah mendapatkan Jason Banton untuk trial sehingga hujung musim ni. Banton juga merupakan produk Arsenal, tapi gagal rebut tempat utama. Die seorang striker
Gudluck on trial!


Liverpool Pun Berebut Adam?
Pemain yang hanya tinggal 18 bulan kontraknya dengan Blackpool, dapat perhatian Aston Villa dan Liverpool. Bidaan Aston Villa sebanyak £3.5j ditolak Holloway mencerahkan peluang Liverpool
Kalau kurang dari £4j, baik dapatkan dier. Pemain yang bermain sepenuh jiwa raga, dan kompem boleh bagi lagi banyak pekdah daripada Lucas yang reti short pass je


Kalau Nak, £12.5j
Kelab yang berminat dengan Eljero Elia perlu memenuhi tag harga sebanyak £12.5j. Wigan, Wolfsburg, dan Liverpool dilapor berminat
Akhirnye, sorang winger! Tunggu ape lagi!


.
----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------