The Liverpool FC Blog. The place to visit for all your LFC News, Transfer Rumours, Videos, Higlight, Match Rating and Details. Liverpool, LFC, Liverpool FC, Gerrard, Steven Gerrard, Stevie G, Torres, Fernando Torres, Kenny Dalglish, LFC Fixtures, Liverpool News, LFC News, Anfield, Liverpool Kit, YNWA, LFC Video, Liverpool Manager, Shankly, Paisley, football, soccer, highlight, rawk, kopites, the reds, reds, blog liverpool, match goals, match highlight,Liverpool Supporters Malaysia
Subs : Turnbull, Malouda, Kalou, McEachran, David Luiz, Sala, Ferreirea Pertukaran : Kalou(Torres,65), Malouda (Mikel,70), Luiz (Bosingwa,72)
Formasi Permulaan Cech
Bosingwa Ivanovic Terry Cole
Essien Mikel Lampard
Anelka Drogba Torres
Highlight
Tidak akan ade higlight ,salahkan TM, tenet slow macam dial up
Rating
Kemenangan Selayaknya
Kenny Dalgslih kembali dengan formasi macam menentang Stoke dulu. Dan scorer kita, sape lagi? Raul Meireles!
Liverpool deserve to win. Mungkin ade orang persoal patutnya Chelsea menang penalti 2 kali, satu handball Lucas yang ternyata mase bola keluar daripada petak penalti, dengan unintentional.
Dan satu lagi mase Glen Johnson dengan kurang cerdik menolak Ivanovic dalam kotak penalti.
Tapi tengok realiti, Chelsea takder real chance kat gol terbungkang luas macam Liverpool. Maxi oh maxi, susah betul nak skor gol.
Lampard dan Stevie dua-dua tak menjadi. Tapi Stevie bangun dengan 2 hantaran yang mencipta gol, kalau tak kerana sumpahan Maxi.
Lawan hanya berputar-putar sekeliling midfield kerana tak dapat cari ruang antara defend kita.
Dan Kenny buat keputusan bijak tak turunkan Suarez, nak tunjuk kita boleh menang dengan skuad sedia ada! Dan pressure hanya kat pemain baru dorang yang ternyata serba tak menjadi
Aksi
Kecut | Semasa masuk padang, malangnya orang masih boleh nampak die
Legenda kita, Robbie Fowler yang bermain kat Liga Australia sekarang menunjukkan rasa jijiknya dengan cara tersendiri kat pengkhianat tu. Kreativiti Fowler dapat dilihat kat sini, dengan menyarungkan baju no.9 LFC secara terbalik
Katenye, baju tu tak bersalah, yang bengong bahagian nama kat belakang tuh.
"There is nothing wrong with the front of the shirt, it is the name on the back," Fowler said.
Fowler menekankan baju Liverpool amat bermakna, dan dia memang tak dapat tahan nafsu daripada memakai baju tu
"I think it is quite apt to wear it for a worthy cause as it is something myself or any other Liverpool fan wouldn't be seen in."
Pasal citer si pengkianat blah, Fowler kate mase untuk dia pergi tak kena. Dan dia paham perasaan KOP.
"There's something not quite right about the Spaniard's last-minute transfer to Chelsea and the Liverpool fans have been up in arms,"
Dasar hipokrit, Fowler jugak menulis bagaimana si pengkhianat tu dulu-dulunya kate die cinta pada Liverpool, dan takde kelab Inggeris lain untuknya.
"Only a couple of weeks ago T*r**s was talking about how much he loved the fans and the club. He won't be getting a warm welcome next time he plays at Anfield.
Memang betul, arap bile dia masuk je kat Stadium Anfield nanti, bagi laser kat mamat tuh!
Bersama geng Perth | Baik wat camni daripada bakar
Geng-geng LFC lain, siap sedia sumer untuk hari Ahad ni! Dengar citer Chelsea kena bagi bendera plastik biru untuk tiru suasana cam kat Anfield. Dasar kelab plastik, kalau Abrahamovik tak supply duit dulu, bape kerat je penyokong sejati dorang.
Nama pengkhianat tersebut tak layak disebut kat sini
£35j untuk Carroll, pemain muda baru 22 tahun. Dianggap bakal menjadi legenda Newcastle macam Shearer, pemergiannya ke LFC membangkit kemarahan peminat The Toons. Carrol menjaringkan 19 gol musim lepas sekaligus membantu Newcastle naik ke atas liga tertinggi semula. Kat Liga EPL pun die dah skor 11 gol, hanya ketinggalan di belakang Tevez dan Berbatov
Kelebihan : -Muda serta link up dengan pemain senegara, Stevie dinanti. -Besar dan tinggi, badannya sekeras besi -Peledak dalam petak penalti tambah-tambah headernya yang mantap. -Paling penting workrate die paling mengagumkan, bukan jenis merajuk macam Torres, hilang bola tunduk kepala pastu marah-marah
Kekurangan : -Masalah luar padang, pernah dihukum sebab belasah bekas awek die. Juga pernah terlibat pergaduhan kat kelab-kelab hiburan dan pernah kena tangkap polis untuk soal siasat. Teammate die pun pernah die cari pasal
Dan baru masuk Liverpool, die dah buat kontroversi dengan menyatakan Newcastle United menghalau die ke Liverpool, padahal ia dinafikan Alan Pardew yang kate Carroll yang gopoh nak kontrak baru, padahal baru dapat Oktober lepas.
Trust Me! Kenny Wont Waste LFC Money!
Luis Suarez Isi No.7
49 gol dalam 48 sumer match musim lepas, Suarez dengan gelaran 'El Pistolero' sebab style celebration membedil-bedilnya. Mungkin die famous sebab pernah gigit telinga player dan handball die dalam World Cup yang lepas, tapi jangan tengok sebelah tu je. Suarez sememangnya goalscoring machine, dan dalam World Cup sebelum insiden 'tangan', gandingan die ngan Diego Forlan dah bawak Uruguay jauh hingga ke semi final. Suarez, pemain Amerika Selatan memang tersohor dengan keghairahan dan kesungguhan dalam bolasepak, salah satu penyebab die buat handball dalam World Cup 2010.
Kelebihan : -Laju dan boleh bermain sebagai second striker dan winger, memang ape yang diperlukan Liverpool dalam serangan -Bullet shot yang laju tapi accurate, arap die buleh buat jugak dalam EPL! -passion dalam bola, workrate yang pasti sesuai dengan kehadiran Meireles, Kuyt, dan Carroll! -leadership, die kapten Ajax. Tahukah anda die potong rambut semata-mata nak nampak berdisiplin semasa diberi tugas sebagai kapten Ajax!
Kekurangan -Aggresif, ade satu musim di Ajax di mana die dihujani kad kuning terlalu banyak. Tapi bukankah aggresif tu satu kelebihan?
Penghargaan | Suarez tak lupa budi Ajax, dan tak sabar bermain
Mungkin ramai orang anggap die penipu sebab insiden Piala Dunia, tapi Suarez, setibanya kamu di Anfield, kita sudah jadi satu keluarga. Memang die aggresif, tapi bukan disebabkan panas baran, tapi keinginan die untuk menang! Kalau korang tak tau camne cara pemain Amerika Selatan main, tengok Tevez.
JASAMU DIKENANG!
Babel Kejar First Team
Bermaruah | Last-last, Babel lagi dihormati daripada El-Nonok
Memang kurang menjadi kat Liverpool, tuah kamu mungkin di negara asal, bermain di Hoffenheim. Kami takkan lupakan anda sebagai 'super-sub' pada musim pertama kamu, dan harap semuanya jadi lebih baik kat sane! YNWA!
SELAMAT JALAN HIPOKRIT
Rambut | Cam makin botak
Torres Buru Piala untuk Hidupnya Yang Kosong
4 musim bersama,
suka duka,
kami ciptakan sebijik lagu untuknya,
di kala tak perform,
kami beri sokongan,
"dia masih injured, dia masih tak fit, dia baru beranak"
KAMI TIPU-TIPU LAGI
kau merajuk di padang,
tak kejar bola,
kami tak marah,
KAMI TIPU-TIPU LAGI
kami biarkan ko operate sebelum worldcup, kami gadaikan mu untuk impianmu, sekarang kau gadaikan kami untuk impianmu KAU TIPU-TIPU LAGI
kami tak kisah kau memburu impian,
tapi,
mengapa di tengah musim?
kau katakan kau ade kontrak panjang dan akan hormati
KAU TIPU-TIPU LAGI
mengapa sebelum ni kau katakan hanya Liverpool kelab Inggeris mu?
mengapa kamu ke kelab lawan?
KAU TIPU-TIPU LAGI
mengapa kamu tinggalkan semasa kami di bawah?
mengapa kamu katakan kamu bersedia hadapi cabaran bersama-sama?
KAU TIPU-TIPU LAGI
gol-gol mu akan kami bilang,
jasamu akan kami kenang,
tapi tidak namamu,
kerna semua hatimu sudah terbongkar,
kerna,
KAU TIPU-TIPU LAGI..
dah.. aku LUPA.. aku LUPA ...
Pemergian Torres akan menyemarakkan semangat The REDS! We will make you regret, just like Owen
Tahukah anda... Liverpool hanya membelanjakan £1.8juta selepas campur tolak?
Tidak akan ade higlight sehingga ,salahkan TM, internet macam kambing putus-putus
Pelik Tapi Berkesan
Formasi yang pelik dengan 3 bek tengah (tengok formasi atas) diturunkan King Kenny. Kate otai-otai lame, Kenny memang akan menyesuaikan taktik mengikut lawan. Wah, memang legend la King Kenny! Memang menjadi taktikal Kenny, dengan Liverpool menguasai possession perlawanan. First half, LFC kuasai 70% possession! Macam Barcelona pulak! Kenny sekali lagi meletakkan taktikal dengan Aurelio di tengah dan Kelly serta Johnson sebagai wingback. Sebelah Kelly nampak berkesan jadi winger, tapi sebelah Johnson gagal, langsung tak menyumbang. Part yang dinanti, bila Suarez tengah warming up, sumer orang bersorak, korang buleh tengok Suarez nampak segan sebab sambutan yang diterima. Paling membanggakan, pertahanan LFC sekali cemerlang dengan clean sheet untuk tiga kali berturu-turut, dengan kali pertama Reina mendapat match paling tenang musim ni!
Rating
Pelik Tapi Berkesan
Buleh timbang bola | Hebat!
Peluk! | Lame dah LFC x celebrate camni
Back 5 | Kali ni Pepe marah sebab die xyah nuat save
Diragui : Higginbotham Cedera : Wilkinson Tiada : Ryan Shawcross (Digantung)
5 Perlawanan Terakhir (3W, 1D, 1L) :
Wolves 0 Stoke 1 W
Fulham 2 Stoke 0 L
Cardiff 0 Stoke 2 W
Stoke 2 Bolton 0 W
Stoke 1 Cardiff 1 D
ANALISA
Terlibat | Nantikan dia
Perlawanan fizikal lagi dengan team Stoke yang kasar-kasar tapi licik dengan set-piecesnya. Liverpool kembali dengan skuad penuh tanpa sebarang kecederaan, yang tak fit tu lain cerita, macam Carra, Lucas, dan Spearing. Suarez jugak boleh bermain malam ni selepas FA bagi can. Masih tak diketahui ape barisan baru Kenny, tapi memandangkan match-match sebelum ni. Kenny bermain dengan satu striker, jadi tak mustahil Suarez menjadi striker utama Kelebihan memihak kepada Liverpool kerana Stoke tiada tonggak pertahanan mereka, Shawcross, dicampur dengan masalah kecederaan Andy Wilkinson. Mereka mungkin terpaksa menolak pemain midfielder, Wilson sebagai bek kanan. Stoke ade kelebihan dengan keteguhan dan kepantasan Kenwyn Jones, serta kepala Carew yang dipinjam daripada Aston Villa. Harap skuad dapat buktikan kepada traitorres, kita mampu berjaya tanpa dia. Dan nilah pembakar semangat LFC untuk match ni, jangan lupe jugak sebagai penyuntik semangat sebelum berdepan Chelsea minggu depan!
BERITA PRE-MATCH:
Carra Terlibat Balik
Tak sabar-sabar | LFC free injury
Kenny tak dapat menolak keterujaan Carra untuk kembali ke kesebelasan utama walaupun didesak pemain tu.Tapi tu jugak bergantung kat keputusan pihak medical, kata Kenny. Skuad Liverpool penuh sebab tiada sebarang kecederaan melainkan Carroll yang baru masuk.
Suarez Boleh Main
Berita baik sebab Suarez sudah diberi kelepasan oleh FA dan dibenarkan bermain dalam match ni. Namun tak diketahui samaada akan terus bermain atau bermula kat bangku simpanan.
Poulsen Anggap Ni Permulaan Baru
Orang lain? | Poulsen bermain baik dalam 2 game bersama Kenny
Kehadiran King Kenny ternyata mengubah skuad LFC. Katenya pendekatan Kenny amat berbeza dan teruja dengan pembelian terbaru Kenny. Poulsen jugak menggemari bandar Liverpool.
Agger Suka Style Kenny
King Kenny mengamalkan pendekatan baru dengan mengubah mentaliti pemain dengan 'positive football'. Agger gak menegaskan die suke kat Liverpool dan takkan ke mana-mana
Skrtel Puji Impak Kelly
Berkesan | Boleh diharap
Kehadiran Martin Kelly memperbaiki pertahanan Liverpool. Skrtel gak memuji personaliti dan kehebatan Kelly, dan tak lupa mengagumi gol Meireles