}

Terbaru

(Special 2011) Kenang dan Kenali Liverpool 2010

(Video/ Pics/Fakta) Musim 09/10 antara zaman gelap Liverpool. Efeknya masih terasa sampai la musim ni, 10/11. Suramnya musim Liverpool lepas, sampai aku tengok blog, website, forum Liverpool majoritinya senyap tak bermaya. Itupun antara sebab motivasi bermulanya semangat menulis ni. Mari kita saksikan ringkasan musim ini, statistik, dan analisa setengah musim ni

Entry penuh emosi ni, bakal menitikkan air mata saper-saper yang dalam hati ada taman. Taman Liverpool la. Boleh ke Liverpool bangun balik macam Phoenix aka burun angsa maskot Liverpool (imaginasiku nampak macam tu)


Tahun 2010 pun dah tamat, musim pun dah cukup setengah umur, kater orang mase ni dah buleh nampak kedudukan table hujung musim. Dan Liverpool masih kat nombor 2 digit.




Musim Perit 2009/2010 


Dari No 7 ke No 2
Rafa Benitez begitu optimistik musim ni, awal-awal lagi dah cakap Liverpool buleh menang title lepas dapat no2 musim lepas. Tapi malangnya, semua serba tak kena, Liverpool pulak terpaksa akur dengan no7. 


Dari Liga Juara ke Liga Europa
Musim terakhir Liverpool bermain di Liga Juara-juara Eropah selepas ditendang dengan kejam dari Peringkat Kumpulan ke Liga Europa.
Liga Europa pulak, The Reds tewas di tangan Athletico Madrid dengan agregat 2-2 (kelebihan away goal untuk Athletico).




2010/ 2011 Serba Baru



Sponsor baru bukan cap arak
Antara kelebihan Liverpool musim ni, takder lagi cap Carlsberg kat baju yang dipakai sejak 20 tahun lalu yang dilalui tanpa sebarang trofi liga domestik. Cap Standard Chartered la pulak!

Manager Baru, Pemilik pun Baru!

Rafa Benitez dipecat selepas keputusan teruk musim itu, tapi dia dah ade kelab Inter Milan menunggu. Sinar baru menanti Liverpool di bawah Roy Hodgson.
NESV pula merampas takhta dari Hick dan Gillet, meletakkan Liverpool di jalan yang lebih cerah


Pemain Baru!
Jovanovic, Wilson, Joe Cole, Poulsen, Konchesky, Meireles, Shelvey, Brad Jones semuanya masuk! Tapi Mascherano keluar selama-lamanya. Aquilani, Insua, Ayala pulak diberi ruang untuk loan keluar

Permulaan baik dan cerah
Liverpool bermula dengan baik seri 1-1 dengan Arsenal walaupun bermain dengan 10 orang. Tapi hmm... setakat tu je la..


Era baru, berlegar kat 'Relegation Zone'?
Liverpool berhempas pulas bersaing untuk keluar dari zon kejatuhan, ironiknya selepas selepas seri dengan meyakinkan 1-1 dengan Arsenal. Keputusan teruk Roy di away match, meletakkan Liverpool kat zon relegation


Ambang Baru?
Liverpool menang bergaye dengan Blackburn, Chelsea ngan Napoli. Tambah baik lagi, Liverpool layak ke peringkat seterusnya dalam Liga Europa


Tekanan Memuncak
Keputusan game-game Liverpool berputar-putar macam yo-yo, antara hebat dengan langsung sampah. Dalam 10 match terakhir, hanya 3 kemenangan, dan kesabaran peminat nampaknya memuncak bila kalah dengan Wolves di tempat sendiri




Video Review Setengah Musim 2010/2011






 Cabaran 2011

Mampukah The Reds naik ke atas kembali? Top 4 sudah lama perlu dilupakan. 
Dan aper pula rancangan Roy Hodgson Januari ni, takkan kembar Konchesky ngan Poulsen? 
Kekalkah dia?




Antara Match Terhampeh

Familiar faces | Tells everything
Tewas penalti lepas seri 2-2 dengan Northampton
Kekalahan memalukan. dalam sejarah Liverpool


Kat Anfied, tapi kalah 2-1 oleh team baru naik, Blackpool
Tewas dan kaget dengan permainan teruk dicampur all-football dari Blackpool. Selepas siri-siri keputusan dengan match-match melawan team-team besar, kononnya match inilah yang akan jadi permulaan semula


Merseyside Derby. 2-0
Kononnya lepas masuknya pemilik baru, LIverpool boleh fokus kat padang, padahal takder kena-mengena pun.


Kena 2-0 dengan Stoke
Lepas menang ngan Blackburn, Chelsea, ngan Napoli, Liverpool diuji ngan sebijik away match, dan aper lagi? Paham-paham la sendiri
(Highlight)


Pecah Rekod Lagi, Newcastle 3-1
Sebelum ni Liverpool jarang giler kalah ngan Newcastle, dan kali ni dimalukan.. lagi. Buruk lagi, Newcastle pulak baru dapat manager baru
(Highlight)


Dari team yang struggle, Wolves 1-0, kat Anfield
Penutup tahun 2010 yang menyedihkan lepas rehat 2 minggu. Kena dengan team yang sebelum ni pernah menang sekali je kat Anfield dalam 60 tahun
(Highlight)





Roy dan Media

Gurauan bodoh sebelum kalah ngan Man City
"Harap tak kena belasah 6-0"

Sayang Ferguson
Selepas tewas 3-2 ngan Man U, Hodgson membalas 
"Alex ni member baik saye" 

Kalah nasib dengan Wolves
"Kami cuma tak bernasib baik untuk kalah"



Rekod Teruk Hodgson


Dan kalau nak banding rekod away dan rekod kemenangan die.. memang memalukan.. dah sampai tara Souness.. tak percaya? (Tengok Sini)


Nama besar | Tak menjadi bawah Roy
Dah abis layan, sapu la airmata dengan tisu, lepas abis pergi la sambung buat kerja balik, harap bersabar dan... speechless
Nasib Aquilani bergantung kat Juventus | Aquilani nak kekal

Dan Selamat Tahun Baru!








.

9 Komen:

woot-woot said... Reply to comment

hoho,kagum dgn ko..semangat liverpool betol :D

░♥si lampu neon♥░ said... Reply to comment

HUHUUH NI MESTI DIE HARD FANZZ NII =)

CHECK ENTRI MANTAP # NUFFNANG BUAT BLOG LEMBAP#
AWEK KHAIRUL FAHMI KENA SERANG#
MANUSIA BERMATA TIGA !#
CARA BUAT BUTTON FLASH#

Ujang9897 said... Reply to comment

hihihi....arsenal tetap lg best..jgn mara ek

sale_ehs gerrard said... Reply to comment

walauapa pun tjadi Liverpool ttp dihatiku selamanya..

Amirul (aremierulez) said... Reply to comment

membaca entri ini membuatkan aku teringat bahawa kita dah melalui tahun yang perit bersama Liverpool.

harap 2011 membawa sinar baru

Cik Jannah said... Reply to comment

go liverpool go!

Wan Gerrard said... Reply to comment

hmm tak perlukan manager yang berkawan baik dengan manager Man Utd..~

Rebelle said... Reply to comment

liverpool di hati! yawww!

Seizer said... Reply to comment

sememangnya mengharukan!

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------