}

Terbaru

Saper Patut Liverpool Cari Januari ni?

Roy Hodgson dah menyatakan dia memerlukan beberapa peluang untuk membentuk skuad sendirinya. Roy ternyata menekankan keinginan dan minat terhadap pemain Liga Inggeris. Tapi terdapat beberapa pilihan transfer yang realistik dan logik untuk Liverpool kejar Januari ini. Walaupun tak diketahui berapa NESV akan sediakan untuk pembelian pemain, ia dianggarkan dalam 15j sahaja. Tapi pelik juga setakat ini, sebarang gosip yang keluar banyak mengaitkan Liverpool dengan pemain muda untuk skuad bawah-18, sedangkan skuad kesebelasan utama masih terumbang-ambing

Cari 'scoring machine'
Hampa | Ntah mane posisi terbaik
Lembiknya bahagian serangan, lagi lemah daripada bahagian benteng. Banyak peluang yang gagal disudahkan yang ternyata akhirnya memakan diri. Mungkin cara permainan Roy Hodgson gagal mengeluarkan 100% daripada Torres, kerana musim-musim sebelum ni Torres tak pernah puas mencari lubang gol. Pemain baru juga kena untuk bagi Torres sedar yang dia ade pesaing lain. Ngog nampak meyakinkan, tapi masih tak dapat skor macam yang sepatutnya seorang bernama Striker buat.

Striker : Fernando Llorente
Harga Mungkin : 20j-25j
Tambahan : Mahal tapi Athletic mungkin terdesak kewangannya sekarang
Llorente Video




Striker : Luis Suarez
Harga Mungkin :15j-20j
Tambahan : Roy nafi minat dia, tapi terus dikaitkan
Suarez Video




Striker : Edin Dzeko
Harga Mungkin : 25j-30j
Tambahan : Sangat mahal, kena bersaing kelab besar lain, saper offer lagi banyak mungkin dapat dia ni
Dzeko Video




Striker : Adebayor
Harga Mungkin : 10j-15j
Tambahan : Kemungkinan juga boleh di'loan'

Nak Winger yang berani
Wajib | Tak kira harga berape pun
Tengok skuad Tottenham, Man City, Man U, semuanya ade winger yang laju-laju, skuad Wolves pun ade. Ironiknya pasukan yang gemilang macam Liverpool ni takder seorang winger yang memenuhi karakteristik seorang winger, seperti laju, bijak, baik teknikalnya, boleh lepas defender, dan boleh tolong striker untuk cari gol selain dia sendiri boleh skor gol. Joe Cole dah macam orang tua, Kuyt lari pun slow, Jovanovic pulak Roy taknak bagi main, ngan Babel yang begitu 'predictable' pergerakannya. Ternyata bahagian ni masalah besar kita.

Wing(R/L) : Nzogbia, Wigan
Harga Mungkin : 5j-9j
Tambahan : Pemain penting yang menggerakkan Wigan, mungkin sukar dilepas
Nzogbia tapi video lama




Wing(R/L) : Adam Johnson, Man City
Harga Mungkin : 15j-20j
Tambahan : Mancini mungkin jual harga mahal, Liverpool mungkin kurang bernilai berbanding Man City yang masih dalam title race
Johnson Baby Junior




Wing(L) : Ashley Young, Aston Villa
Harga Mungkin : 10j-15j
Tambahan : Tangguh tawaran kontrak baru untuk tunggu tawaran ke kelab lain

Wing(R) : Matt Jarvis, Wolverhampton
Harga Mungkin :4-8j
Tambahan : Minat ke kelab besar, laju dan cerdik pintas defender, good crosser, murah

Wing(R/L), AM : Eden Hazard, Lille
Harga Mungkin :15j-20j
Tambahan : Taknak berpindah musim ni, mungkin musim depan, tapi ramai peminat dari kelab besar lain
Hazard Power




Wing(L): Arda Turan, Galatasaray
Harga Mungkin :10j-15j
Tambahan : Minat Liverpool tapi jarang dikaitkan ke Anfield

Benteng Segera Untuk First Team
Boleh menyerang | Lagi baik bertahan
Nafas baru dan lebih muda kena diberi pada barisan benteng. Carragher dan Kyrgiakos dah hampir senja. Agger pulak injury-prone, Skrtel terlalu banyak buat silap. Jadi seorang yang mantap perlu dicari sekurang-kurangnya sorang untuk menyegarkan bahagian ni, sementara menunggu barisan muda seperti Kelly, Wisdom, Mavinga, Ayala, dan Wilson memenuhi potensi mereka.

Bek(C) : Scott Dann
Harga Mungkin : 10j-15j
Tambahan : Sebahagian barisan pertahanan paling kuat EPL musim ni, tapi susah untuk Alex Mcleish lepaskan barisan pertahanan yang dah terbentuk kat Birmingham ni.

Bek Sisi(R/L), Wing(R/L) : Davide Santon
Harga Mungkin :10j-15j
Tambahan : Tak dapat tempat di Inter, boleh main kiri dan kanan
Santon Prodigy





10 Komen:

HUSAIRI HANAFI said... Reply to comment

salam..ziarah..agama,iman,taqwa,ilmu,redho,akhlak..yang berlegar dalam pencarian kita..wang harta dan takhta..xkan puas untuk kita miliki...firman Allah dlm surah al-qasas a.77 maksudnya- dan carilah apa yang diberikan kepdamu didunia ini dan janganlah kau lupa paada nasibmu di akhirat kelak..

shada wentz said... Reply to comment

shada wentz ada. XD

masturazakariah.blogspot.com said... Reply to comment

janagn amek LAMPARD doe ! :)))))

yoreyore said... Reply to comment

sgh sat~usha2 kwn kita nih

fyda razak said... Reply to comment

adehh, tak faham laa bola2 nih. Tapi tetap maintain khatamkan baca entri ni :)

Seizer said... Reply to comment

@husairi
thanks fren

@shadawentz
ku tahu :p

@masturazakariah.blogspot.com
saper la nak kuda tue lampard..

@fyda razak
jangan menyeksa diri anda.. tapi kat sini xper :P

Wan Gerrard said... Reply to comment

Hmm rasa perlukan seorang pemain baru bagi setiap posisi, penyerang, sayap dan pertahanan.

tak boleh nak agak sape nak pergi Liverpool, harap2 die boleh bg impak besar bila dtg nanti ^_^

Seizer said... Reply to comment

liverpool perlukan

MANAGER BARU

noktah

redzuan said... Reply to comment

antara yg lverpool ptut beli striker : frenanado lorente. mamat ni main mmg bagus, finishing mmg superb. tp syg xdiberi pluang main full game. sllu msuk 2nd half.

wing aku rasa kslapan besar lvrpool, dia jual mascherao kat rel madrid. dan posisi ni ashley young ok jugak. dan kevin prince boateng lvpool beli boleh bg masyuk n hidup lg bhgian tengah

prthanan liverpool mmg mcm sial season ni, asyik bocor every game. jamie carragher da tua mcm sial da xboleh main da.

Seizer said... Reply to comment

@redzuan
liverpool jatuh lepas jual alonso..
maser tu abis ilang style attacking liverpool..

musim ni pulak jual mascherano (die memang nak blah), defend pulak makin teruk, dan roy ganti mascherano ngan POULSEN!

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------