}

Terbaru

Jawapan Kepada Masalah Pertahanan LFC


Dengan tonggak Jamie Carragher dilanda kecederaan dan terpaksa kena pembedahan atau surgery dalam bahasa omputehnya. Liverpool hanya tinggal 2 pemain veteran yang terselamat daipada injury, iaitu si Spartan Sotirious Kyrgiakos, dan samseng Martin Skrtel. Tapi cukupke 2 orang ni sebagai bek tengah utama? Jom kita tengok alternatif lain untuk pertahanan Liverpool.


Tunggu Daniel Agger Pulih
Daniel Agger mengalami siri-siri kecederaan freak musim ni, dari concussion hinggalah paha yang tak betul. Dijadual kembali Disember, tapi kelibat Agger tak jugak keluar. Dengan Agger yang sudah lama terdampar, susah untuk Roy meletakkan Agger kembali ke starting eleven. Ader jugak gosip mengatakan Agger akan dijual, tapi Agger dah menyatakan kesetiaan kat skuad kita.
Lagi compose daripada Skrtel, lagi laju daripada Kyrgiakos
Pandai cari peluang score gol, ball playing defender
Lame tak main, berisiko untuk injured


Martin Kelly ke Tengah
Jangan buat-buat tak ingat, Kelly dasarnya seorang bek tengah. Ramai tak mahu meletak risiko kerana mudanya Kelly, tapi bila lagi masa yang sesuai? Kelly memang matang di padang, dan menunjukkan dia dah bersedia untuk cabaran sebenarnya. Menggandingkan Kelly dengan mane-mane veteran lagi berbaloi untuk jangka masa panjang, tapi berisiko.. cukup berisiko.. kerana Liverpool masih jauh dari sasaran dalam liga
Kegigihan dan kesungguhan macam Carra (jiwa Liverpool)
Fizikal sesuai dengan EPL
Tak sepantas Johnson, tapi positioningnya boleh membantu membaca permainan
Tak terbukti di tengah dalam EPL, tapi bila lagi?


Panggil Balik Daniel Ayala
Dipinjamkan ke Hull City, dan menjadi pemain kegemaran peminat di sana yang memandang tinggi Ayala. Pada mulanya hanya selama 3 bulan, tapi dilanjutkan ke Januari ni, dan Hull mahu melanjutkan lagi sehingga tamat musim ni. Liverpool perlu menyimpan pemain ni, lagi-lagi dengan kekurangan defender veteran, Ayala boleh diberi peluang. Sekarang, terkeluar kerana kecederaan hamstring
Baik di udara, menunjukkan kematangannya di Hull, sentiasa menjadi MOTM di Hull
Kelajuannya biasa tapi taklah perlahan dan boleh diperbaiki dengan pengalamnannya untuk positioning dan membaca permainan
Aggresif, kat Hull dah kutip 6 kad kuning dari 12 match, tapi mungkin sebab corak Hull yang meninggalkan barisan pertahanan terdedah


Danny Wilson Belum Cukup Umur
Pemain muda ni mungkin belum cukup sedia untuk dimainkan di EPL. Tapi dia termasuk antara pilihan yang tinggal jika Kyrgiakos tercedera.. amat membahayakan Liverpool
Kelajuannya lagi pantas daripada Carra, Soto dan Skrtel.
Kawalan bolanya lagi baik dan tak kalut
Fizikal kurang
Kebolehan di udara macam Skrtel je



.

2 Komen:

g@Ry DaNi@L said... Reply to comment

no wonder la liverpool struggle

Seizer said... Reply to comment

wonderkid or wondergirls.. yes opsyen lain,, defender baru!

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------