}

Terbaru

Reina Komited di Merseyside

Reina nafi niat berpindah
°Dilaporkan media Sepanyol , dia tak puas hati di Liverpool
°Baru menandatangani kontrak 6 tahun semasa Rafa
°Paling lama stay pun sampai habis musim

          "Saya terbaca berita tu, dan ianya mengarut. Saya tak pernah jumpa Roy untuk bagitau niat untuk keluar, tak kira Januari ,ke atau bila-bila. Saya harap peminat tahu benda ini, ianya penting... (tegas Reina)   


    Lega. Itulah perasaan bila terbaca berita ini. Sebelum ini Pepe Reina didakwa mengadu pada media Sepanyol hajat berpindah, tapi dia tampil dan menerangkan semuanya.
    Pepe sememangnya seorang dikagumi dalam kalangan peminat Liverpool. Dia juga menarik perhatian kelab lain seperti Man U dan Arsenal, tapi sorry la, Pepe Reina milik kami! Schemeichel pun dah ngade-ngade nak Reina ke Man U, boleh.. boleh blah!
          "Kontrak saya panjang, dan saya komited dengan Liverpool....(ikrar Reina)   

    Reina juga gembira dengan pemilik baru Liverpool yang ada visi dan misi dorang tersendiri. Tapi saya masih ragu-ragu dan risau kalau LFC kurang menyengat lagi musim ini, tak mustahil dia berpindah. AWAS!

          "Pemilik baru ada jumpa saya dan pemain lain minggu lepas, dan kami puas hati dengan apa yang dia jelaskan... (jelas Reina)   

    Spekulasi pengganti Reina pun sudah mula naik, antara nama yang menarik minat termasuklah Martin Stekelenburg dan Neuer, masing-masing keeper no 1 bagi skuad kebangsaan mereka.


0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------