}

Terbaru

Antara Karut dan Realiti

"2 player ini kecewa kerana ditipu pihak pengurusan -bukan NESV- yang menjanjikan pelaburan besar untuk membawa masuk pemain ternama"




Torres, Reina terdesak keluar dari Liverpool

Komited | Xnak aku g Manu
2 player ini kecewa kerana ditipu pihak pengurusan -bukan NESV- yang menjanjikan pelaburan besar untuk membawa masuk pemain ternama. Sumber mengatakan mereka kecewa dengan kegagalan untuk ke Liga Juara Eropah, dan kemungkinan Liverpool akan turun liga. Dikatakan 3 hari selepas World Cup Final, beberapa wakil Liverpool bertemu dengan wakil Torres untuk meyakinkan agar dia kekal di Liverpool, termasuklah Christian Purslow. Pertemuan itu menjanjikan Liverpool akan diganti dengan pengurus (Roy hanyalah sementara)  dan pemilik baru, serta bajet besar untuk membeli pemain ternama.
Aku : Tak masuk akal. Mengarut

Torres, Reina guna klaus dalam kontrak untuk keluar
Gembira | Bile mase lak aku nak kuar
Dikatakan Arsenal telah menawarkan £20j untuk Reina, dan Chelsea pula £50j untuk Torres. Torres dan Reina juga dikatakan mempunyai klaus yang membolehkan mereka menamatkan kontrak walaupun tak dinyatakan apakah syarat klaus itu.
Aku : Mengarut. Wenger takkan keluar duit banyak tu, lagipun Fabianski dorang tengah perform

"Nak kena sepak?", Roy kepada peminat Reina dan Torres
Marah | Cari orang len la!
Peminat di sini ialah sesiapa yang berminat untuk membeli Torres dan Reina. Roy menegaskan dia xkan menjual 2 pemain terbaik, yang merupakan darah daging kelab itu, kepada kelab rival yang terdesak. Roy xkan menerima sebarang tawaran untuk 2 bintang itu. Tegas Roy lagi, " kitorang x perlukan duit, jadi kitorang xkan jual".
Aku : Juga fakta, NESV telah menegaskan mereka xkan menjual pemain bintang Liverpool

Kuyt mungkin beraksi menentang Chelsea
Sakit | Cepat sembuh
Kadar pemulihan Mr Duracell yang luar biasa dan tak masuk akal mungkin membolehkan Kuyt beraksi menentang Chelsea nanti. Kuyt mengalami kecederaan itu dalam perlawanan mewakili Belanda. Babel tercedera di bahagian rusuk ketika perlawanan reserve namun kecederaannya tidaklah serius. Johnson pula mungkin masih belum bersedia untuk menentang Bolton.
Aku: Betul dan fakta, bukan fiksyen


0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------