}

Terbaru

7 Prospek Muda REDS


"Namun era Roy pula, menyaksikan pemain muda diberi lebih peluang seperti perlawanan menentang Napoli baru-baru ini"

Ahli Lembaga | Pandang jauh
Setiap kelab mempunyai pasukan muda yang bakal menggalas tanggungjawab dan kejayaan kelab pada masa hadapan. Liverpool mempunyai prospek muda yang mantap, yang jika diberi peluang boleh merebut tempat kesebelasan utama. Dan yang terpenting, pemain muda ini akan terus berkembang dan sentiasa bertambah kualitinya. Kenyataan NESV yang mahukan skuad yang mantap untuk jangka masa panjang, apa salahnya mengintai ke skuad muda ini.


Walaupun pada zaman Rafa, sistem pembentukan dan pengurusan skuad muda boleh dikatakan gagal kerana beberapa orang sahaja yang berjaya masuk ke kesebelasan utama. Yang lainnya, tidak diberi peluang, dan akhirnya mereka membuat keputusan berpindah ke kelab lain untuk melanjutkan karier, dan untuk mendapatkan peluang sebagai kesebelasan utama, walaupun bilangan prospek ini amat kecil.


Namun era Roy pula, menyaksikan pemain muda diberi lebih peluang seperti perlawanan menentang Napoli baru-baru ini.


Mari kita lihat siapakah prospek yang bakal menyinar

7.Chris Mavinga
Gempak | Liverpool kesempitan left back

Mavinga merupakan left back muda berusia 19 tahun. Memenangi piala UEFA U-19 European Championship 2010 bersama skuad U-19 Perancis. Pemain ini terdesak untuk bermain di skuad utama, namun peluangnya semakin berkurang di bawah Roy. Disifatkan sebagai wonderkid, namun gagal menarik perhatian Roy.

6. Danny Wilson
Berpengaruh | Tunggu masa

Pada usianya 19 tahun, dia telah menunjukkan banyak potensi. Seorang kidal dan boleh bermain di posisi left full back dan centre back. Diperolehi dari Rangers. Dia dianugerahkan anugerah pemain muda PFA dan FWA untuk Scotland semasa di Rangers. Namun begitu, Roy masih belum memberi peluang untuknya bermain di EPL.

5. Suso
Serabai | Saya budak Emo

Nama sebenarnya Jesus Joaquin Fernandez Saenz del la Torre. Pemain tengah ini berjaya memikat Liverpool untuk menandatangani kontrak. Masih terlalu muda, 16 tahun. Suso digambarkan sebagai pemain yang bijak. Tidak lama lagi, dia akan ke skuad kesebelasan utama. Keupayaannya untuk menjaringkan gol dari jarak jauh juga dikagumi. Tengoklah golnya dalam pasukan reserve menentang Newcastle Reserve.

4. Daniel Ayala
Kuyu | Tidak pernah dikaitkan dengan dadah

Pemain dari Sepanyol ini mempunyai kelebihan, terutamanya ketinggiannya. Di'loan'kan ke Hull City, dan tempoh pinjamannya dilanjutkan dari sebulan sehingga ke akhir musim ini. Menjadi pemain utama Hull City dan telah pun menjaringkan gol pertamanya untuk Hull. Berusia 20 tahun, dan pemain ini berjaya menarik perhatian Rafa, terutamanya setelah pemergian wira kita, Hyypia. Seizer masih ingat semasa debutnya di EPL, selesa di bahagian belakang dan cemerland di udara. Masih tak pasti sama ada Roy mengesan bakat pemain ini. Bermain di posisi centre back.

3. Daniel Pacheco
Gigi | Perlukan rawatan segera

Pacheco telah menarik perhatian ramai. Kepantasannya serta kebijaksanaan mencari gol merupakan keistimewaannya. Berusia 19 tahun dan boleh bermain di posisi striker, attacking midfielder, dan winger. Kehebatannya terserlah dalam U-19 UEFA European Championship 2010, di mana dia menjaringkan 4 gol dan satu assist untuk pasukan Sepanyol U-19.

2. Martin Kelly
Mantap | Pengganti Carra

Pemain yang berupaya bermain di posisi centre back dan right full back, namun lebih selesa di pertahanan tengah. Berusia 19 tahun, dan berjaya menarik perhatian Rafa dan Roy. Nampak matang dan mempunyai sifat kepimpinan. Kelly mempunyai apa yang pemain Liverpool perlukan, keghairahan dan sentiasa memberikan sepenuhnya. Bila diberi peluang beraksi, tidak pernah menghampakan, Seizer rasa inilah Carragher baru

1. Jonjo Shelvey
Rekod | Salah seorang pemain dalam skuad terbotak Liverpool dalam sejarah

Baru berusia 18 tahun. Mempunyai kemahiran teknikal tinggi. Dibeli dari Charlton, 1.7j pound sterling. Selesa di posisi pemain tengah. Menariknya, dia merupakan pemain termuda dalam sejarah Charlton Athletic yang bermain di first team, pada umur 16 tahun. Juga menarik, dia juga merupakan pemain termuda menjaringkan gol untuk Charlton. Seizer nampak gaya larian dan pergerakannya juga seperti Gerrad. Musim ini, dia telah berjaya menarik minat Roy.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------