}

Terbaru

7 Sebab Liverpool Masih Lemah


"Ramai tak tahu, Jonjo Shelvey, Milan Jovanovic dan Danny Wilson merupakan hasil belian dan carian Rafa, dan semestinya Rafa mempunyai rancangan tersendiri."



Ya, Liverpool menang ngan Blackburn Rovers. Tapi sedar tak sedar, Blackburn bukannya pasukan yang digeruni.
Cukupkah kemenangan 2-1 ke atas skuad ini?
Kecewa | Tewas mudah
Liverpool lemah musim ini, dan akan terus sedemikian jika masalah ini tak dibaiki
Liverpool akan bangun dari tidur 


Analisis, kenapa Liverpool masih lemah, dan perlu perbaiki

7. Pemergian Rafa
Dirayu pergi | Tapi dirindui
Rafa pergi dengan paksaan Hicks dan Gillet. Sedarkah, Rafa mempunyai alasan mengapa skuadnya di tangga ke-7 musim lepas. Kecederaan yang dialami Torres dan Gerrad menghantui Liverpool. Berapa kalikah gandingan ini diturunkan bersama musim lepas? 
Rafa telah menyatakan, dia mempunyai rancangan jangka panjang dengan Liverpool. Buktinya, Aquilani yang dibeli merupakan senjata rahsia dipersiapkan untuk musim 2010-2011.
Rafa juga memberi peluang kepada pemain baru seperti Stephen Darby, Daniel Pacheco, Nathan Eccleston dan Martin Kelly. 
Ternyata Rafa telah punyai rancangan sendiri, dan jika dia masih di Liverpool, Mascherano mungkin masih kekal di sini kerana hubungan rapat mereka. 
Ramai tak tahu, Jonjo Shelvey, Milan Jovanovic dan Danny Wilson merupakan hasil belian dan carian Rafa, dan semestinya Rafa mempunyai rancangan tersendiri. Hasrat dan rancangannya tak kesampaian. Dan Rafa juga yang mempunyai pengetahuan terhadap pemain di La Liga, dan juga berpengaruh.  

6. Ada apa dengan Torres
Bingung | Siapa layak ganti aku
Torres, sumber gol Liverpool, kuat tercedera. Masalahnya bukan pada Torres, tapi siapa bakal menggalas tugasnya jika aset berharga ini tiada di padang. Antara striker Liverpool sekarang ialah N'gog dan Babel. Kedua-duanya kurang pengalaman dan tidak sehebat Torres. 
Striker lain termasuklah Kuyt dan Jovanovic. Persoalannya, dapatkah pemain muda seperti Pacheco, Eccleston mencari gol, kerana Kuyt dan Jovanovic, lebih selesa di bahagian wing. 



5. Ketiadaan winger
Riera | Lincah
Kuyt dan Jovanovic lebih selesa di bahagian winger, kerana Liverpool ketandusan winger ataupun wide player. Joe Cole bukanlah winger yang dicari Liverpool. Masalah ini sememangnya sejak era Rafa lagi. 
Skuad Liverpool sekarang tidak mempunyai pemain yang boleh dribble dan mengkucar kacirkan pertahanan lawan. Liverpool nampak buntu apabila menyerang, dan bila pemain ini mendapat bola, mereka lebih cenderung untuk passing ke belakang kembali. Winger terakhir yang Liverpool miliki, termasuklah Albert Riera dan legenda Luis Garcia

4. Kubu Pertahanan
Lemah | Dah tiba masa
Masalah besar Liverpool. Terutamanya bila bola yang dicross ke dalam petak penalti. 
Jika bukan kerana Reina, Liverpool mungkin telah dimalukan beberapa kali musim ini. Carra sudah tua, slow dan banyak buat kesilapan sekarang ini. Daniel Agger pula sering tercedera. Harapan hanyalah kepada Skrtel, dan Kyrgiakos.
Mungkin jawapan kepada masalah ini ialah beri peluan kepada pemain muda seperti Martin Kelly dan Danny Wilson. Bek kiri dan kanan juga bermasalah. Johnson nampak takut dan tak bertahan dengan baik, banyak cross yang datang dari sebelah kanan Liverpool. 
Bek kiri jua dilanda masalah kecederaan, namun nampaknya seperti Konchesky mungkin hanyalah penyelesaian sementara menunggu Insua kembali.

3. Defensif Mid ; antara tua dan muda
Lemah | Passing ataas la wei
Lucas dan Christian Poulsen. Kedua-duanya tidak bagus. Pemergian Mascherano memang merumitkan Liverpool. Roy tidak bijak membeli Christian Poulsen, dan membenarkan Aquilani ke Juventus.
Lucas pula tak sesuai bermain di posisi bertahan. Dan kedua-duanya mempunyai cara passing yang hanya membantutkan serangan Liverpool. Namun begitu, Lucas masih muda dan akan bertambah baik. Poulsen? Itu kesilapan Roy.

2. Taktikal Roy
Malas | Rela gigit jari
Roy suka bertahan. Taktiknya tak masuk akal, bila memainkan dua defensif mid bila menentang pasukan bawahan. Roy juga berpuas hati dengan kemenangan tipis, semasa menentang Blackburn, dia tak mencari gol ketiga. Semasa match, dia suka duduk sambil gigit kukunya. Kalau dia bangun pun, untuk menepuk tangan bagi semangat seperti pakar motivasi.

1. Mentaliti Pemain
Motivasi | Kyrgiakos contoh teladan
Pemain Liverpool berkualiti namun tak perform. Masalahnya kerana pemain sendiri. Jika mereka tak main dengan penuh semangat, mereka boleh berambus. Prestasi Liverpool memang mengecewakan tapi, mereka perlu sedar, peminat sentiasa di belakang mereka. Jika mereka punya mentaliti betul, mereka memang ade class. Harap kemenangan terhadapa Blackburn menaikkan semangat mereka. Dan masalah juga bila over konfiden, contohnya selepas match Arsenal hari itu. 

2 Komen:

Darion Daron said... Reply to comment

pemergian rafa memang bnyak impak pada liverpool
tetapi dalam dunia bola sepak kita kene terima berkenaan isu perpindahan. oleh itu pada masa sekarang apa yang boleh kita lakukan adalah percaya pada Roy dan kita lihat apakah roy boleh mengulangi kemenangan semsa menentang Blackburn apabila menentang Bloton ahad ini.
hehehehehhe

Seizer said... Reply to comment

hehe bro.. baru siap edit.. tunggu dan lihat

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------