}

Terbaru

Dalglish Ganti Roy, Tapi Sementara?

Selepas tewas kepada Wolves bau-baru ni. Hodgson macam cacing kepanasan, penuh spekulasi mengatakan dia bakal diganti dengan pengurus lain. Walaupun menang ke atas Bolton 2-1, banyak spekulasi mengatakan NESV dah mencari orang baru untk ambil alih tugas Roy.


Kononnya, sementara NESV mencari pengurus yang benar-benar berkaliber dan sesuai dijumpai NESV, Kenny Dalglish akan menggantikan Roy Hodgson sebagai pengurus sementara.


Antara calon-calon terkemuka yang ada sekarang termasuklah Didier Deschamps dan Andre Villas Boas. Nama-nama seperti Frank Rijkaard, Martin O'Neill ,Rafa Benitez, Pako Ayestaran dan Ray Wilkins pun ader. Guus Hiddink pulak menolak sebarang peluang kerana tak mahu terlibat dengan serius dalam pengurusan bolasepak pada usianya sekarang.


Kemenangan ngan Bolton dikatakan masih tak dapat menyelamatkan Hodgson. Lagi-lagi selepas hubungan dier ngan penyokong yang dah rapuh.


Kehadiran penonton kat Anfield pada match menentang Bolton hari tu hanya 35,000 penonton, kurang berbanding biasa. Ini menjadikan NESV terpaksa mengambil serius hal Roy Hodgson bagi mengelakkan lebih kerugian.


Peminat juga dah buat petisyen kepada John Henry untuk menggantikan Roy Hodgson dengan orang lain.


Seizer rase NESV perlu pikir dalam-dalam kalau nak cari manager baru, memang sesuai kalau Kenny Dalglish jadi pengurus sementara, dia mesti dapat bagi semangat dan motivasi yang diperlukan walaupun dah lame tinggal pengurusan.


Lagipun sekarang ni, tiada calon yang betul-betul cukup hebat untuk memulihkan Liverpool. Semuanya masih terikat dengan kelab masing-masing.







.

7 Komen:

Anonymous said... Reply to comment

ok jugak kalo tukar orang lain. mane la tau liverpool dapat menduduki senarai empat pasukan teratas untuk melayakkan diri ke Liga Juara-Juara musim depan. sejak tukar roy ni macam makin turun je.

Seizer said... Reply to comment

aduh.. rasenye dah x dapat top 4 tu... man city, tottenham buleh la...

ganti roy utk elak lagi teruk..

Unknown said... Reply to comment

Sebenarnya kn cari manager yg muda. x nak tue bangka mcm roy ni. org makin lama, makin pakar selok belok bola, ni makin mnjahanamkan. aku lbh suka martin o'neill. komitmen dia mmg aku respek. klau dpt gus hiddink pun lg ok. Rafa, aku sbnrnya pun dah tawar hati gak dgn dia ni.

Seizer said... Reply to comment

sumer manager bagus2 dah ade kelab... sebab tu la dalglish ni jadi caretaker je... daripada duk bagi roy makin punah....
aku pun suker guuus tapi die dah tolak...
rafa? carik org lain la

footballscoretoday said... Reply to comment

Liverpool need a good coach, because its position is outside the top 5. dalgish might make Liverpool better ////

Redknapp: BECKHAM on loan status to HOTSPUR

Wan Gerrard said... Reply to comment

terbaik bro..semangat sikit nak lawan sok ^_^

Seizer said... Reply to comment

@Wan Gerrard

gosip yang jadi kenyataan!
impian tertunai!

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------