}

Terbaru

Ura-ura Perpindahan



Selepas beberapa hari out untuk mencari ketenangan, nampaknya Liverpool dikaitkan dengan berpuluh-puluh pemain, mane taknye? Pemilik baru, manager baru, pemain pun nak baru jugakkan?


Betulke NESV bagi bajet £35j untuk Januari ni? 0.0


Cassano Mungkin Kekal di Sampdoria
Dikatakan Roy nak dia ni sebagai jalan yang murah, tapi nampaknya dia tak dibenarkan pergi dengan percuma
Kalau murah tapi takder hasil same gak...


N'zogbia
Liverpool sedang memerhatikan Nzogbia dianggar bernilai 9j sebagai alternatif jika Ashley Young tak dapat dimiliki
Aku pun minat dia ni, bijak, kelam kabut defend kalau dia dapat (tengok dia main sebelum komen, tengok banyak2)


Rod Fanni ke Marseille
Dikaitkan hampir ke Liverpool, tapi disahkan berpindah ke Marseille Januari ni dengan £3j.
Syukur... kalau dia masuk, maknenye Glenn Johnson mungkin nak keluar


Santi Cazorla
Berusia 26 tahun, bermain di posisi wing. Mungkin berminat untuk bertemu kembali teman lama, Pepe Reina.
Baik, warga Sepanyol!


Valentin Stocker, Jawapan Kepada Wing?
Minat Liverpool terhadap pemain FC Basel ni, telah disahkan oleh ejen Stocker, Marco Balmelli. Stocker seorang attacking midfielder, dan juga boleh bermain di wing kiri.
Aston Villa turut berminat. 
Jika £4J, apa salahnya? Kita dalam proses baikpulih, percayalah


Loan untuk Adebayor dan Daniel Sturridge
Adebayor mungkin dibenarkan dipinjamkan Januari ni menurut Mancini. Tapi LFC juga dikatakan akan loan Daniel Sturridge, dengan £5j untuk pemindahan kekal
Adebayor untuk loan memang terbaik, tinggi dan besar. Sturridge? Chelsea? Ridikulos!


Ryad Boudebouz Minat Liverpool
Bermain di Liga Perancis, dikatakan antara pemain muda berpotensi tinggi, dengan harga £4j.
Baper ramai la midfielder nak dikaitkan... ingat Aquilani? Eh jap.. Spearing..


Benzema, £30j
Striker yang tak perform ni dikatakan diintai kelab seperti Liverpool, Arsenal dan Juventus.
Muda, mahal, dan berkarat. Lupakan!


Luis Suarez Pun Mahal
Liverpool dikatakan dah menawarkan £15j tapi ditolak. Sekarang Ajax nak £25-£30j!
Roy Hodgson nafi minat kat Suarez, tapi kalau harga lebih daripada £20j, cari lain la...


Barcelona Nak Torres
Barcelona baru terima suntikan kewangan bernilai £125j dari Qatar Foundation selama 5 tahun. Pep Guardiola dikatakan mahu Fabregas dan Torres dengan bidaan £85j.
Ptuih.. banyak gile duit... kalau Barcelona betul-betul nak, dorang mesti dah bising macam dorang buat kat Fabregas, dan Mascherano... tapi tak mustahil..hmmm


Jovanovic Ditagih Kelab Jerman
Cologne dan Hamburg berminat
Bagi can dia main, simpan dulu Maxi


Schalke Intai Poulsen
Schalke, mahukan Poulsen mungkin dengan £3.5j berbanding harga £4.5j dia semasa tiba di Liverpool
Jual selagi masih panas!


.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------