}

Terbaru

"Belum Lagi Lah"

Khabar angin hangat yang sedang berleluasa di internet, bukan mengenai Torres, Gerrard atau Mesisi, tapi bekas pengurus Liverpool yang dikatakan sudah dipecat Inter Milan, tak sampai setahun di situ. Cuma kenyataan rasmi yang belum dikeluarkan oleh Inter Milan




Rafa Benitez membuat silap, bila merasa dia sudah 'power' selepas memenangi Club World Championship dengan menewaskan Juara Asia, Mazembe 3-0. Dia membidas presiden Inter Milan, Massimo Moratti kerana tak menyediakan pemain seperti yang dijanjikan kepadanya.


Rafa dijanjikan 3 pemain oleh Moratti, tapi tak seorang pun masuk. Moratti yang mengawal urusan jual beli Inter Milan terkenal dengan sikapnya yang cepat memecat seseorang jika anginnya tak baik.


Antara mangsanya termasuklah Roberto Mancini, walapun Mancini pada masa tu menang 3 kali berturut-turut kejuaran Serie A.


Nahas | Bermain dengan api


Tapi Rafa Benitez sekali lagi keluar menafikan segala spekulasi, mengatakan dia masih terikat dengan Inter Milan. Dia menegaskan perlunya pemain lebih muda, di samping itu mengurangkan gaji pemain utama yang semakin lanjut usia.


Massimo Moratti bagaimanapun enggan mengulas lanjut, takut makin hangat kontroversi.
Moratti | Terkenal dengan ketegasan






.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------