}

Terbaru

Konklusi Gosip Perpindahan November

Tup tap dah abis bulan sebelas, Liverpool banyak betul di'link'kan dengan player luar. 
Al maklum la pemilik baru & manager baru, pemain pun nak baru gak semua. Tak lama lagi masuk pulak Januari, tak pasti The Reds akan rakus ke tak, dengan Comolli ngan Roy, dua-dua kene bincang sebelum pasang niat nak tambah pemain.


Pemain Paling Banyak Dikaitkan :

Keisuke Honda
-bersedia berpindah dari CSKA Moscow
-Liverpool dikatakan berjaya membida, & sedang berbincang kontrak
-ejen Honda menafikan sebarang gangguan dari Liverpool

Juan Mata
-menyerlah selepas ketiadaan Villa
-dinilai £17j
-dikatakan Liverpool bersedia menawarkan Babel sebagai gantian

Llorente
-sentiasa digosipkan
-bangga kerana direbut ramai kelab
-Liverpool mungkin membida
-Kelabnya meletakkan harga yang tinggi


 Niko Kranjcar
-kemasukan Van Der Vaart menyukarkannya dapat tempat di Spurs
-ingin keluar untuk dapat lebih masa bermain
-ayahnya mendakwa dia berminat ke Liverpool
-bernilai dalam £5j-£7j

Pemain Paling Mahal Digosipkan :
Fernando Llorente
-30j tag harganya!

Pemain Paling Tua :
Capdevilla
-masih gagal menyambung kontrak di Villareal
-berumur 32 tahun

Pemain Impian :
Eden Hazard
-turut direbut Arsenal & Real Madrid
-berumur 19, dinilai £15j-£20j

Pemain Impian Roy :
Carlton Cole
-Roy mengakui cuba mendapatkannya awal musim
-Cole mempertikaikan Grant, & mungkin sedia dijual

Pemain Impian Comolli :
Dimitri Payet
-pemain bekas kelab Comolli, St Etienne

Pemain Habis Madu Sepah Dibuang:
Babel
-dikatakan akan ditawarkan ke kelab-kelab lain sebagai pertukaran
-Babel menafikan niat berpindah
-Roy memuji Babel dalam aksinya di Liga Europa

Hajat Tak Kesampaian :
Ibrahim Afellay
-ke Barcelona untuk Januari ni




.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------