}

Terbaru

Isu : Kiter Perlu Pemain Baru

Dah tengok perlawanan sebelum ni?, susah untuk cari aper yang tak kena dengan team kesayangan kiter ni. Sumpahan kat perlawanan di gelanggang lawan masih tak terhapus. 

Jangan nafikan lagi, Liverpool perlukan pemain baru, untuk penyelesaian jangka pendek, kalau masih berangan-angan untuk menggapai Top 4 musim ni.

Tahukah anda? Mari saya kongsi sejarah perlawanan away match musim ni.


Posisi seperti bek kiri dan bek tengah menjadi keutamaan. Tapi posisi lain juga nampak longgar, seperti striker dan winger. Nak tak nak, kena dapatkan pemain ternama untuk mengisi tempat ni, sebagai catalyst untuk memulihkan prestasi pemain Liverpool.


Dengan hadirnya pemilik Liverpool, Januari ni merupakan salah satu bukti komitmen mereka terhadap kelab ni.


Memang sukar untuk mendapatkan pemain baru di tengah-tengah musim ni. Antara pemain yang saya syorkan untuk krisis ni. 


Bek Tengah :


Scott Dann (Birmingham) (£8j-v12j)
Mungkin sukar untuk dapatkan pemain ni. Dia tengah perform di Birmingham. Aper yang baiknya, dia dah terbukti di EPL. Seorang warga England, dan mungkin boleh menggantikan Carragher. Ianya mungkin sedikit mahal, tapi berbaloi untuk jangka penjang, kerana dia baru berusia 23 tahun.
Alex McLeish mungkin sukar nak melepaskannya kerana Birmingham, merupakan antara kelab dengan pertahanan terbaik setakat musim ni. 


Mamadou Sakho (PSG) (£5j-£10j)
Bakal kapten Perancis (orang kater), bakal kehabisan kontrak musim depan. Sikap kepimpinannya akan membantu barisan pertahanan yang kehilangan Carragher. Tu pun kalau die tau bahase inggeris.


Bek kiri :


Coentrao (Benfica) (£20j-£25j)
Tak ramai bek kiri yang terkemuka di dunia sekarang. Coentrao antara pemain muda dan berbakat, baru berusia 22 tahun. Harganya amat mahal, tapi jika dibandingkan dengan situasi sekarang, Liverpool dah lame tak mempunyai bek kiri yang mantap. Pemain muda bahagian ni juga masih tak muncul di skuad utama. Jadi pelaburan untuk masa depan ni, amat berbaloi, dan juga berisiko.


Taye Taiwo (Marseille) (£9J-£13j)
Pilihan alternatif yang lebih murah. Pernah dikaikan ke Liverpool sebelum ni. Juga terkenal dengan sepakan kencang ala-ala Riise. Pertahannya sama mantap dengan kebolehan menyerang. Tapi belum pernah teruji di liga bertaraf lebih tinggi, hanya bermain di Liga Perancis selama ni.


Striker :
Llorente (Bilbao) (£16j-£20j)
Mungkin mahal tapi berbaloi. Tinggi dan kuat, antara ciri-ciri yang Torres, Ngog, & Babel takder. Juga berbangsa Sepanyol, mungkin Torres boleh menyusun taktik bersama Llorente di depan, tanpa difahami pertahanan lawan.


Cassano (Sampdoria) (free)
Pemain bermasalah, tapi peluang ni harus dicuri. Berbadan tegap, sesuai dengan gaya permainan Liverpool sekarang. Jika dia membuat masalah, masih ader peluang untuk offload pada hujung musim ni.


Luis Suarez (Ajax) (£12j-£16j)
Pemain yang terbukti kebolehan menjaringkan gol. Penjaring terbanyak Liga Belanda musim lepas. Muda dan berbakat, apa lagi? Liverpool perlukan seorang lagi penjaring, Ngog dan Torres tak cukup dalam bahagian ni. 
Sumber lain gol Liverpool? Glen Johnson sahaja.



Carlton Cole (£3j-£5j)
Pilihan terakhir, jika dapat tawaran murah. Cole bermasalah dengan pengurus West Ham, dan mungkin senang dipujuk keluar. 
Mempunyai ciri idaman Liverpool sekarang, seorang yang boleh hold bola di bahagian atas.

Winger :

Adam Johnson (£15j-£20j)
Mancini takkan lepaskan Johnson dengan murah. Johnson mengakui terliur peluang bermain untuk first team, dan Liverpool bersedia menawarkannya. Try la dapatkan Johnson, masih muda, dan seorang warga England. Ketangkasan, kelicikan si kaki kidal ni, diperlukan keranan Liverpool takder seorang winger sejati berkaki kiri (Jovanovic asalnya striker).


Ashley Young (£14j-£17j)
Roy mengakui minatnya kat pemain ni, tapi Houllier takkan melepaskan pemain terbaik Aston Villa. Pengalamannya di EPL, mampu memberi sesuatu yang baru di bahagian sayap Liverpool. Kuyi dan Maxi, langsung tak memberi ancaman yang sepatutnya diberi oleh seorang winger.


Charles Nzogbia (£5j-£10j)
Pemain muda Wigan ni, antara pemain yang perlu Liverpool dapatkan.
Dia bijak, kreatif, tenang dan pantas. Nzogbia sentiasa menghuru-harakan lawan yang cuba mengawalnya. Dia juga tak tamak, tapi pada masa yang sama tahu bila nak masa yang sesuai untuk mencari gol.
Pemain ni bermain di EPL dah bertahun-tahun.










.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------