}

Terbaru

Inikah barisan terkuat Liverpool?



Kita asyik duduk kutuk dari belakang je kalau skuad Roy Hodgson gagal menepati sasaran. Banyak kesilapan dibuat, kononnya pemain takder semangat, lemah tenaga, malas, taktik tak menjadi, pemain tak perform, lawan kuat sangat, dan macam-macam alasan diberi. Sekarang penulis nak bagi cadangan sedikit kat Roy Hodgson, biar senang kepala otak die, mudah-mudahan senang sikit dia pikir. 

Formasi terbaik : 
4-4-1-1


Glenn Johnson dinaikkan ke bahagian sayap. 
Kelajuan dan kesukaan Glenn untuk cut inside satu kelebihan untuk mencari gol. Kaki kiri Glen pun kuat macam kaki kananye. Macam Gareth Bale versi belah kanan (walaupun bezanya macam jauh sangat)

Maxi bermain di belakang Torres
Maxi pemain yang lincah tapi konsistensinya macam yo-yo yang berbelit tali. Kejap perform kejap tak jadi. Satu benda Seizer perasan Maxi ni pernah bermain kat posisi attacking midfielder kat Atheltico Madrid dulu. Kalau tengok cara dia passing, nampak dia ader vision untuk mencari celah-celah antara kangkang defender lawan. Torres pun nampak cam happy main dengan Maxi, maklumlah bekas teammate.

Gunakan pemain sayap kiri terbaik
Liverpool merintih sejak dulu lagi, kerana kehilangan pemain berkaliber kat posisi ni. Tapi sekarang kita dah ade seorang yang boleh dikatakan boleh bermain di posisi ni. Milan Jovanovic mungkin bukanlah seorang winger kiri sejati (striker posisi asalnye), tapi tu jelah yang Liverpool ade. Pengalaman dan kelajuan Jova diperlukan. Simpan dulu Joe Cole tumpul tak habis-habis.

Gerrard kembali ke tengah, betul-betul tengah
Kita perlukan kapten kita, Gerrard mungkin dah makin slow, tapi long passnya masih berkuasa. Long shot Gerrad pun dah lame tak masuk dalam gol. Hadkan Gerrard dengan berada di tengah, dan tolong defend. Semasa menyerang dia akan menghantar bola ke atas dengan pilihan samaada Maxi ataupun Torres.

Meireles ganti Lucas
Meireles, pada pandangan Seizer lebih ok dimainkan di bahagian bawah sedikit. Hadkan Meireles untuk bertahan kerana dia lagi fizikal daripada Lucas. Meireles juga jenis pemain box to box, yang tak penat naik turun untuk tolong pasukan. Setelah lama diperhatikan, Meireles ni bukan seorang passer yang baik, selalu terlebih power. Dia lagi sesuai sebagai defensive midfielder, menyambungkan defend dengan bahagian serangan kerana first touchnya amat baik.

Aurelio sebelah kiri, Kelly sebelah kanan
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari

Agger dan Carragher , Benteng Keluli
Kelly tak pernah menghampakan kalau peluang terhidang untuknya bermain. Carragher walaupun dah lapuk, kesungguhan dan leadershipnya amat diperlukan di bahagian belakang. Daniel Agger ni memang pemain feveret, nampak relax je defend. Kelebihan paling nyara dia, kaki yang kuat nak mampus. Agger jugak bukan jenis yang suka membuat tuli clear bola, tapi apakan daya, kuat sangat dia injured.

Pilihan kedua : 
Masih, 4-4-1-1

Kelly dan Carragher di tengah
Saya masih yakin, Kelly lagi sesuaI bermain di posisi asalnya bek tengah, Jika dimainkan bersama-sama Carragher, mesti banyak dapat dipelajari.

Agger kiri, Johnson kanan.
Agger akan diberi lebih peluang naik ke atas sebagaimana kegemaran dia. Johnson pula akan menyerang dari belakang jika kurang risiko. Hasilnya dua bek sisi yang mantap!

Aurelio serang kiri, Kuyt ambil kanan
Aurelio pernah mengkagumkan dimainkan sebagai wide midfielder, paling jelas semasa mengalahkan Man Utd 4-1 kat Old Trafford. Cross dan tekniknya merupakan kelebihan.
Kuyt pulak akan menggunakan tenaga terlebihnya untuk turun tolong Johnson bertahan.

Trio di tengah
Gerrad, Lucas, dan Meireles bersatu kat tengah. Amacam.?

Prospek terbaik | Kalah Pacheco, Shelvey...
Torres | Jadi poacher, bukan holding striker
Legenda | Pengalaman mereka diperlukan
Roy | Tempatnya di bench, walaupun turun training




Ini hanya pendapat penulis, mesti korang ader pilihan tersendiri.



.

2 Komen:

g@Ry DaNi@L said... Reply to comment

bagus jugak review ko ni.. mintak2 roy hodgson pertimbangkan.. :D

Seizer said... Reply to comment

sayang rot hotson dah lame x cakap melayu

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------