}

Terbaru

Hajat Babel dan Aurelio

Kedua-dua pemain ini menyimpan hajat besar, tapi bukan untuk untung membuang apa-apa hajat, tapi menyimpan impian tersendiri. Sudah tentuklah impian itu berkaitan dengan Liverpool, kalau tak peduli ape aku.


Tahukah anda? | Babel juga seorang penyanyi
Impian Ryan Babel
Ryan Babel meluahkan hasrat untuk kekal di Liverpool, dengan kontraknya yang bakal tamat musim depan. Dia mahu menyambung kontrak baru, tapi mengatakan semuanya bergantung jika kelab masih nakkan dia.


Lebih Dekat
Turun padang | Jangan kasi muka sangat, naik kepala
Babel juga lebih gemar dengan pendekatan Roy Hodgson, yang dikatakan lagi mesra alam berbanding Roy Hodgson. Katanya dulu hanya Sammy Lee yang ramah mesra dengan pemain, kini Roy pun turut sama. Uish, sampai macam tu sekali layanan Rafa, patut la muka tak pernah senyum.LoL

Posisi Terbaik
Babel juga gemar dimainkan di posisi striker. Jadi ke ni Babel? Macam same je main kat wing? Katanya main di posisi striker, dia ada lebih tenaga, keranan sebagai winger, dia kena turut turun tolong pertahanan.


Apa-apa hal pun All The Best! Masuk citer Aurelio pulak, hajat ape yang dihajati? Adakah nombor ekor?


Cita-cita Aurelio
Gigih | Tengok la Roy!
Aurelio sudah lama terbuku di hatinya untuk bermain di starting eleven .Ya, kau memang layak bermain menggantikan Paul the Konchesky. Kesian si Aurelio, bila dia bermain. nampak sangat terdesak nak impress Roy Hodgson. Dengan skillnya try dribble, movement bijak, try shoot... Oh tapi? KOnchesky tetap pilihan pengurus...


Penghujung Yang Baik
Mengintai | Masih adakah cahaya?
Besar harapan Brazilian ni, dia mahu Liverpool menghabiskan tahun ni dengan cemerlang, dan percaya Liverpool boleh bangkit. Kitorang semua percaya, tapi bilanya bang oi!




.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------