}

Terbaru

Strategi Reds? Pelantikan Damien Comolli

"Pernah terlibat di AS Monaco, Arsenal, Tottenham, dan St Etienne.
Membawa masuk banyak pemain semasa di Spurs, namun dipecat kerana prestasi teruk Spurs di bawah Juande Ramos..."




Menakutkan | Zombie kampung pisang
Pelantikan Damien Comolli
Liverpool dan NESV mengumum pelantikan Damien Comolli sebagai Pengarah Strategi Bola Sepak (Director of Football Strategy). Henry merasakan Damien Comolli layak kerana buktinya dalam mengenalpasti bakat baru sepanjang kariernya.
Lagi ucapan John Henry  yang pasti melegakan peminat. "Kami nak lebih kuat. Kami takkan boleh duduk diam selagi kelab Liverpool menjadi gemilang sebagaimana yang diharapkan peminatnya."
Comolli pula bangga dengan pelantikannya dan akan bekerja keras untuk memulihkan kelab Liverpool.
Aku :  Bravo NESV! Ketuk je Hodgson kalau dia nak beli Carlton Cole.


Reaksi Roy
Cukup | Carra: Bagi aku mike tuh
Roy tutut gembira dengan pelantikan itu, kerana dia sememangnya mengenali Damien Comolli. Dia bersetuju dengan pelantikan itu dan menjelaskan bahawa pencarian bakat baru dalam bola sepak hari ini amat penting.
Dia memuji NESV kerana visi dan cara pemikiran mereka dalam membangunkan kelab ini.
Aku : Ko ni sumer bende nak komen... senyap 2 minit takleh.. bodek je keje


Siapa Damien Comolli
Tu dia, nampak dah | Tengok awek tuhh..contact ejen dia
Warga Perancis tetapi boleh bertutur 3 bahasa, Inggeris, Perancis dan Sepanyol.
Pernah terlibat di AS Monaco, Arsenal, Tottenham, dan St Etienne.
Membawa masuk banyak pemain semasa di Spurs, namun dipecat kerana prestasi teruk Spurs di bawah Juande Ramos.
Aku : Mase bawah Juande Ramos, sumer pemain power dalam FM dia nak beli.. Ko mesti main FM ni..


Rekod Tersohor Damien Comolli 
John Henry | Berjayakah langkahnya ini?
Arsenal: Kolo Toure
Tottenham : Dimitar Berbatov, Gareth Bale, Luka Modric, Gomes, Benoit Assou-Ekotto, David Bentley, Darren Bent, Alan Hutton, K P Boateng, Younes Kaboul
Aku : Spurs pecat Comolli?

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------