Kehilangan 2 Pemain Tonggak
Stevie G, mungkin pemain terbaik abad ni, & kehilangannya sukar kerana sikap kepimpinannya di atas padang. Masa Liverpool jatuh, dia tolong naikkan, masa dah naik dia bagi naik lagi tinggi.
Gerrard mungkin tak selantang tak Carra di padang, tapi dia jenis pemimpin yang bagi contoh teladan untuk orang sekeliling.
Ketiaadaan Carra, seorang pemimpin di bahagian pertahanan juga mungkin tanda maut buat Liverpool. Dengan semangat, motivasi & kesungguhannya, tiada pemain lain yang dapat menyainginya. Gabungan tengkingan Carra & keteladanan Gerrard menjadi tulang belakang Liverpool sejak bertahun-tahun.
Merekalah yang melengkapkan Liverpool.
Kali terkahir Gerrard & Carragher tak bermain bersama, semasa kekalahan Piala Carling musim ini di tangan Northampton.
Konchesky bukan taraf Liverpool
Tak pernah satu pun game yang mamat Paul ni main, dia perform. Dia selalu buat silap, & semalam barulah dia tak terlepas dari kesilapannya, yang membebani seluru pasukan. Konchesky yang perlahan dengan bola, dan nampak keliru & bingung untuk membuat hantaran, menyebabkan pasukan kehilangan bola.
Bukan tu je, dia sering keluar untuk close down player, tapi terlepas & menyebabkan pemain lawan dengan lenang cross bola. Panggil Insua balik, RH, Konchesky pemain paling teruk seumur hidup saya menyokong Liverpool.
Aurelio pun ade!
Meireles di Tengah, Bukan di Tepi
Kenyataan & alasan Roy Hodgson semasa meletakkan Meireles sebagai wide midfielder, kerana tak pasti mana satu posisi terbaik Meireles, sepatutnya dah tau mane tempat terbaik Meireles.
Dia selesa dia bahagian tengah, & nampak semakin sesuai dengan corak EPL. First touch & kereleaannya untuk turun bertahan serta naik untuk menyerang, menghasilkan seorang lagi Mr. Duracell di Liverpool.
Tapi hantarannya di final third masih mengecewakan, kaki Meireles nampak seperti terlebih kuat, sentiasa terlebih sepakan hantarannya. Jika dibaiki bahagian tu, dia sempurna!
Cuma nak tengok sepakan berbisanya, yang masih tak berhasil
Gandingan Lucas & Meireles
Ketiadaan Gerrard memberi peluang 2 orang ini disatukan. Nampak seperti ianya lebih baik daripada bersama Gerrard. Gerrard dah 30 tahun, & dia tak mungkin dapat main seperti dia yang dulu. Musim ni, Gerrard nampak senyap, & lebih terhad untuk bertahan.
Maxi? Pengganti Benayoun?
Tengoklah game Maxi semalam, peluangnya disia-siakan, selepas susah payah tembus ke kotak penalti, dia gagal menyudahkannya, kerana poyo ingin dribble lebih-lebih
Peluang Kelly & Wilson
Inilah masa untuk memberi peluang kepada masa depan Liverpool. Kesilapan Kyrgiakos semalam gagal menanduk keluar bola, menghadiahkan gol kemenangan kepada Lennon.
Kelly masih tak pernah beraksi kecuali semasa di Piala Carling, perlawanan selepas ini, ape salahnya bagi peluang. Ayala yang tinggi lampai pun, RH dah loan keluar
Nasib Away Game Dah Berubah?
Menentang Tottenham yang sedang hot, & di gelanggang lawan, ramai tak menyangka prestasi Liverpool semalam. Kegagalan Torres & Maxi yang sepatutnya letak Liverpool jauh di depan, menghantui Liverpool, selepas gola minit 92 Lennon membenam kita.
Permainan itu, boleh dikatakan permainan terbaik Liverpool di gelanngang lawan musim ini, takkan Roy dah jumpa rentaknya?
Roy tak boleh dipersalahkan selepas semalam. hanya anak buahnya yang mengecewakan dia
.
0 Komen:
Tinggalkan pendapat