}

Terbaru

4 Pemain Berbakat Yang Bakal Hilang


"Rugi. Itulah yang digambarkan tentang 4 pemain ini. Masalah kekurangan pemain di LFC juga tak dapat memberi peluang kepada pemain ini di bawah Roy. 4 pemain diloan keluar untuk mencari pengalaman. Tapi kemungkinan besar mereka tak kembali lagi."


4.  Stephen Darby
Boleh | Lebih sesuai dari Carra di kanan
 Umur : 22
Kelab Asal : Akademi LFC
Posisi : Bek kanan
Warganegara : England
Sekarang : Notts Country (loan)

Mendapat debut semasa era Rafa. 
Pemergian Hyypia mencerahkan peluang pemain ini untuk bermain. 
Pemergian Rafa menyulitkan masa depan pemain ini.
Selain Johnson, hanya dia merupakan right back sebenar yang dimiliki Liverpool.
Dipuji Gary Abblet, bekas coach reserve team Liverpool sebagai Mr. Consistency.
Dia merupakan sebahagian dari pasukan reserve Liverpool paling berjaya dekad ini.
Bermain di Liga Juara2 Eropah 09/10 sebagai pemain utama semasa menentang AFC Fiorentina.
Di loan ke Notts Country untuk mendapatkan pengalaman first team, tapi dia berumur 22 sekarang dan seharusnya layak merebut kesebelasan utama. Mungkin nasib berakhir seperti pemain muda sebelum ini, dijual ke kelab bawahan lain.
Kontraknya bakal tamat 2011.



3.  Daniel Ayala

Tinggi | Selesa semasa bermain menentang Tottenham
Umur : 19
Kelab Asal : Akademi Sevilla
Posisi : Bek tengah
Warganegara : Sepanyol
Sekarang : Hull City (loan)

Mendapat debut di bawah Rafa.
Prospek tinggi lampai dan berbakat, mungkin dapat mengatasi masalah Liverpool di bahagian udara.
Lambakan pemain bek tengah di LFC, menyukarkan pemain ini bersaing dan diloan ke Hull City. Di sana, dia telah menarik perhatian dan mendapat tempat di kesebelasan utama. 
Kemungkinan akan diburu Hull kerana prestasinya di sana.
Kontraknya tamat 2012.

2.  Emiliano Insua
Muda | Teruk ,perlu diberi lebih peluang

Umur : 21
Kelab Asal : Boca Juniors
Posisi : Bek kiri
Warganegara : Argentina
Sekarang : Galatasaray (loan)

Dimasukkan Rafa ke skuad utama, kerana injury prone Aurelio dan Dossena yang tak hebat.
Walaupun antara punca kegoyahan benteng LFC pada musim 09/10, pemain ini amat berpotensi dan harus diberi peluang.
Hampir berpindah ke AFC Fiorentina awal musim ini, tapi gagal kerana permintaan gajinya yang tinggi.
Pada awal musim, walaupun LFC tak mempunyai sebarang bek kiri, dia tetap diloan keluar ke Galatasaray.
Roy lebih rela berbelanja untuk Konchesky dan mengambil semula Aurelio. 
Keputusan itu ternyata membawa padah apabila kedua-dua bek kiri injured sehingga memaksa Carragher bermain di posisi itu.
Seorang yang licik kerana tubuhnya yang tegap tapi kecil.
Kontrak loannya mempunyai pilihan untuk permanent transfer, malang sekali

1.  Alberto Aquilani

Rugi | Apakah logik tindakan Roy
Umur : 26
Kelab Asal : AS Roma
Posisi : Pemain tengah
Warganegara : Itali
Sekarang : Juventus (loan)

Dibeli Rafa dengan nilai kira-kira £17j. Namun dia jarang fit kerana kecederaan panjang.
Uniknya tak mendapat tempat di bawah Roy, dan diloan ke Juventus dengan pilihan untuk permanent transfer dengan nilai sebanyak £16j.
Roy menggantikan pemain ini dengan Meireles dan Poulsen.
Sepanjang musimnya, di LFC dia menjaringkan 2 gol, walaupun masih belum cergas.
Telah menyatakan hasratnya mungkin untuk kekal di Juventus.
Kontraknya di Liverpool tamat 2014.
Namun Roy menegaskan keputusannya untuk mengembalikan kekuatan Aquilani dengan bermain di liga terhebat di Itali.


2 Komen:

PhantomEnix said... Reply to comment

Spearing, Pacheco dan Bucthman (ejaan tak tau) tak dimasukkan? Jonjo Shevley?

Seizer said... Reply to comment

butchman..tu semua dorang masih kat kelab.. arapan untuk main banyak lagi... yang ni sumer kene loan mungkin sebab Liverpool dah tak nak dorang..
thx 4 komen!

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------