}

Terbaru

Transfer Rumours Awal Disember

Huh, bulan depan dah masuk tahun baru, bulan baru, & mungkin jugak pemain baru. 
Terimalah gosip bulan Disember ini. 
Rata-rata pemain yang dikaitkan dari posisi bek tengah & striker. 
Ni semua pasal Carragher yang rehat panjang & untuk mencari pasangan ideal Torres di bahagian serangan. Dushum!


Gary Cahill, Paling Hangat!
Pemain yang bernilai £12j ni, bersedia dijual Owen Coyle, tapi hanya pada harga yang tinggi. Bolton mungkin terpaksa menjual pemain untuk mengurangkan hutang di kelab itu. Chelsea juga dikatakan berminat berikutan ketempangan pertahanan dorang.


Pertarungan 2 hala Untuk Rod Fanni
Pemain Stade Rennes yang berusia 28 tahun ni, direbut Liverpool & Olympique Marseille. Comolli dikatakan dah bertemu presiden Rennes, tapi dikhabarkan pemain ini terlalu mahal harga yang diletakkan.
Entah aper rasional seorang bek kanan sedangkan kita dah ade Martin Kelly & Glen Johnson? Kalau dia ni menyemak lagi, kurang la peluang si Kelly untuk bermain


Comolli Gilerkan Pemain di Perancis
Comolli nak masukkan beberapa ramai pemain dari Liga Perancis ke Liverpool Januari ini. Tau la duduk kat Perancis dulu, ni semua nak ceduk masuk.
Pemain yang dikatakan ingin dibawa masuk, Neven Subotic (£15J), Eden Hazard (£17-£20j), Yann M'Villa, Loic Remy. Slyvian Marveaux & Dimitri Payet. (Subotic takder kaitan ngan Perancis).
Banyak pulak duit Liverpool, Comolli sungguh la ko ni!


Mexes pilihan murah
Roy Hodgson pun ader pilihan sendiri, dia berminat untuk mendapatkan Mexes dari Roma dengan harga murah dalam £2j berikutan kontraknya yang bakal tamat hujung musim ini.


Keisuke Honda Lagi
CSKA Moscow bersedia melepaskan Honda jika ade kelab menawarkan harga yang munasabah. Honda mungkin dapat dibeli dengan harga £10j ke £12j.


2 Striker EPL? 
Darrent Bent & Carlton Cole menjadi buruan Roy Hodgson. West Ham bagaimanpun dah rejek bidaan Liverpool untuk Carlton Cole, menuru Avram Grant.
Mende la ko Roy, orang len pergi carik kat kelab tersohor nun di luar sana, ko pulak target pemain kelab picisan.


Pertahanan Lain 
Liverpool dikatakan berminat mendapatkan khidmat Ryan Shawcross, Mamadou Sakho atau Ivan Gonzalez untuk menggantikan Carragher yang hilang.
Liverpool dikatakan bersedia menawarkan Lucas untuk Shawcross, giler ke aper.
Inter pula turut masuk campur untuk merebut khidmar Mamadou Sakho yang kebabisan kontrak musim depan.


Agger ke Wolfsburg? 12j
Dah beberapa kali Agger nafi dia nak keluar, tapi gosip camni tetap keluar. Bagi aku gelak jap.


Jovanovic Pertimbang Keluar Jika...
Ejen Jovanovic mengatakan kemungkinan Jovanovic untuk keluar Januari ini, jika dia masih tak dapat peluang bermain. Kelab lain dari Sepanyol & Belanda dikatakan berduyun-duyun inginkan khidmatnya


Wilshere Ajak Babel Ke Arsenal
Tak tau la aper hubungan dorang, sampai Wilshere tulis kat tweeter, "Mende ko ni Babel?, Bila nak datang ke Arsenal, haha". Walaupun aku rase Wilshere hanya nak melawak, tak tau kenape aku tulis gak benda nih






.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------