}

Terbaru

Preview : Liverpool VS Fulham

Pertandingan : Liga Perdana Barclays (BPL)
Tempat : Stadium Anfield, Liverpool
Pukul :  1:30aM (Ahad)
Tarikh :  19 Disember 2010 
Saluran:  817, 831

Perlawan ni ditangguh ke 26 Januari 2011

Skuad Liverpool (kemungkinan) :
GK : Reina
DEF : Kyrgiakos, Skrel, Johnson, Konchesky
MID : Lucas, Meireles, Kuyt, Maxi
FWD : Torres, Ngog

Subs (dari): B Jones, Poulsen, Shelvey, Kelly, Babel, Jovanovic, Aurelio, J Cole, Ngog/Gerrard

Tiada (diragui) : Gerrard

Tiada (injured) : Agger, Spearing, Carragher

5 Perlawanan Terakhir (1 W,2D, 2L) :
FC Utrecht (0-0) D
@Newcastle (3-1) L
Aston Villa (3-0) W
@Steuau Bucharest (1-1) D
@ Tottenham (2-1) L

Skuad Fulham (kemungkinan) :
GK: Schwarzer
DEF: Hangeland, Hughes, Pantsil, Salcido
MID: Etuhu, Murphy, Gera, Davies
FWD: Dempsey, A Johnson

Subs (dari): Stockdale, Kelly, Riise, Kamara, E Johnson, Elm, Dikgacoi

Tiada (Injured) : Briggs , Dembele , Halliche , Senderos , Stoor , Zamora

5 Perlawanan Terakhir (0W, 3D, 2L) :
Sunderland (0-0) D
@Arsenal (2-1) L
Birmingham (1-1) D
Man City (1-4) L
@Newcastle (0-0) D

ANALISA: 

    Mudah saja misi Liverpool untuk match ni. Fulham sememangnya tengah tunggang terbalik, lagi teruk daripada Liverpool. Rekod Fulham di Anfield juga meyakinkan kita, dengan rekod tak pernah menang dalam 23 game. Menambahkan lagi, Fulham tak pernah menang away game selama 16 bulan (23 game), termasuklah di bawah Roy Hodgson dulu. Sekarang Liverpool pun terkena jangkitan anti-away match.


    Stevie G masih belum dapat dipastikan kesahihan kembali ke skuad utama, kerana selama sebulan tanpa sebarang permainan, tentu sukar untuk Gerrard bermain sebagai starter.


    Persoalannya, jika Gerrard kembali, adakah Liverpool akan kembali bersama seorang striker sahaja? Dengan formasi 4-5-1.


    Liverpool perlu berhati-hati sebab Fulham mempunyai rekod paling banyak menjaringkan gol daripada header dalam EPL, lebih-lebih lagi itulah kelemahan Liverpool. Sebelum ni, Fulham tak pernah menjaringkan gol di Anfield untuk empat pertemuan terakhir.


    Rekod dan statistik hanyalah sejarah sahaja, tapi kemenangan di gelanggang sendiri adalah wajib. Tambah lagi keadaan Fulham sekarang.



BERITA MENJELANG MATCH: 


Aurelio Terdesak

Aurelio kemaruk untuk masuk ke first team, tapi pasrah dengan mana-mana keputusan Roy. Dia menyatakan kesediaan bertarung merebut tempat.

Roy Mengharap
Roy menjelaskan, dia mahu Kopites mengaguminya, bukan Fulham. Roy Hodgson berharap kemenangan ke atas pihaknya. Dia percaya Liverpool akan bangkit selepas prestasi merudum sebelum ni. Dia mahu Liverpool gunakan keistimewaan bermain di tempat sendiri sambil tapi masih bingung untuk mencari formula di tempat lawan.

Torres Akan Terkena Impak Rehat

Terlebih rehat | Hentikan karat mu
HOdgson percaya keputusannya merehatkan Torres kena pada masa, kerana striker itu akan segar bugar sebelum menentang Fulham.

Gerrard Belum Dipastikan
Booster | Semangat Stevie diperlukan
Gerrad bukannya 100% sah untuk game Fulham ni, kerana Roy tak mahu bagi risiko jika Gerrard belum sembuh sepenuhnya.




Saat Penentu Nasib
Reina tahu permainan seterusnya, akan menentukan nasib Liverpool musim ni. Liverpool akan mengalami jadual meletihkan menjelang Krismas, tapi Reina percaya mereka boleh mengatasinya. 
.


0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------