}

Terbaru

Desas-desus Perpindahan

Liverpool kali ini dikaitkan dengan beberapa nama besar dan kurang ternama. Dikatakan NESV dah berubah pandangan kat Roy Hodgson ni, dan NESV diura-urakan bersedia nak labur duit untuk Hodgson. Comolli yang mahu membawa beberapa pemain sebelum ini, turut menjelas bahawa kata putus semuanya di tangan Roy Hodgson. Wah, makin sihat la pak Roy nih!


Amaran Pulis Untuk Shawcross
Pengurus Stoke City, tutup sebarang pintu tawaran untuk pemainnya, Ryan Shawcross. Pulis menegaskan Shawcross ader kontrak panjang, melainkan ader kelab yang menawarkan harga giler untuk pemain itu.



Buat aper nak Shawcross? Kiter ader Kelly, Wilson, Kygiakos, & Agger yang nak sembuh dah


Llorente direbut kembali?
Selepas beberapa siri permainan memberansangkan, dikatakan NESV bersedia memberi bantuan pelaburan untuk Roy menguatkan skuadnya. Liverpool akan merebut Llorente dengan Tottenham dengan nilai kira-kira £16j.
Llorente sememangnya seorang yang gagah perkasa, dan boleh 'hold up ball' semasa serangan. Kuasanya di kawasan udara juga mungkin bagi kelebihan jika Liverpool dapat dier ni.


Liverpool Serius Nak Dinho
Ronaldinho yang kurang menyerlah di AC Milan kerana ditenggelami Robinho, dikatakan menarik minat Liverpool. Dinho akan kehabisan kontrak pada Jun tahun depan, dan antara sasarannya ialah Major League Soccer (Amerika) atau kembali ke Brazil.
Lucas juga gembira bila ditanya kemungkinan Ronaldinho ke Liverpool. Namun begitu, tak dapat dipastikan dapat ke Liverpool memenuhi gaji besar milik Ronaldinho
Kalau murah, aper salahnye? Boleh ke Dinho ni main kat EPL? Dia dah makin slow, & permainan dia sekarang (aper yang saya perhati), lebih kepada malas bergerak.


Mudawan Wickham
Pemain sensasi 17 tahun Ipswich ini sedia dijual dengan harga £10j. Pemain ini juga merupakan peminat besar Liverpool. Namun sumber mengarut (Goal.Com) mengatakan Liverpool mungkin kecewa kerana dia mungkin lebih berkenan ke Arsenal atau Tottenham Januari ni.
Tak tau la maner betul, takkan die tolak tawaran ke kelab impian die? Tapi mungkin gak sebab kalau nak tunggu Liverpool bagi peluang kat youngster, alamatnya reput dulu la budak ni.


Rod Fanni Makin Hampir Ke Liverpool?
Pemain bek kanan ini dikatakan hampir menyudahkan perpindahannye ke Liverpool. Presiden Renness menyatakan keputusan akan dibuat dalam beberapa hari lagi. Marseille juga berminat, tapi Rennes dikatakan tak berminat menjual Fanni kepada musuh dalam Liganya.
Kalau betul la, Fanni masuk... Johnson keluar?? Hishhn Kelly pun baru sign kontrak


Trabzonspor Nak Jovanovic
Kelab Turkey ni bersedia mendapatkan khidmat Jovanovic andai dia keluar Januari depan.
Dah berapa kali Jovanovic bagitau, dia taknak keluar, mane la datang sumber ni

Subotic Tolak Liverpool
Neven Suvotic merasa keluar dari Borussi Dortmund hanya akan merugikan kariernya. Dia juga menafikan minat Liverpool

Itandje Keluar Kelab

Itandje memutuskan untuk ke kelab Greek, Atromitos. Itandje yang sebelum ini dipinjam keluar ke kelab Greek, Kavala.




Keluar jugak ko ye, tu lar, len kali respek seket kat Liverpool. Tu la, main-main lagi maser Hillsborough







.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------