}

Terbaru

5 Khabar Angin Perpindahan


Beberapa gosip perpindahan baru-baru ni. Korang ingat Sheila Majid ngan Lisa Surihani je ke ade gosip? Liverpool pun ade gak. Tapi takde la gosip kena tangkap basah, cium-cium cam artis-artis ni.

Scott Dann Ganti Carragher?
Pemain Birmingham ini menarik perhatian ramai selepas prestasi hebat dengan gandingannya Roger Johnson sehingga menjadikan pertahanan Birmingham begitu kebal musim ni.
Baru berumur 23 tahun, & ketiadaan Carragher untuk 3 bulan memungkin Ro mengintai pemain ini.
Dann juga dah biasa dengan EPL, dan merupakan anak kelahiran Liverpool (ader kaitan ke?)

Lagi Striker Dikaitkan
Putih | Peminat twilight? Ptuih
Mamat putih ni bernama Gameiro, seorang pemain bolasepak (maaf).
Diintai kelab lain seperti Arsenal & Spurs.
Liverpool dikatakan ingin membida pemain yang bernilai £10j ni


Keisuke Honda Hampir Ke Liverpool Januari ni?
Taknak cakap | Masuk Liverpool senyap-senyap
Laporan dari media Jepun, mengura-urakan Keisuke Honda sedang berbincang kontrak dengan Liverpool selepas bidaan £12j diterima. Tak tau la ni berita baik ke buruk, kalau betul Honda ni milik Liverpool, dah berapa banyak midfiled kat Liverpool, Meireles, Stevie, Spearing, Shelvey, Lucas, Poulsen, Joe Cole. 
Hmm....

Cassano Sedia Ke Anfield?
Nakal | Bawak problem je keje
Bagi sape-sape yang tak tau kes Cassano di Sampdoria (Itali), mari sini kita dengar.
Hubungan Cassano dengan majikan & kelabnya dikatakan teruk sampai Sampdoria didesas-desus nak batalkan kontrak Cassano.
Dia gagal hadir ke majlis anugerah , dan juga pernah menghina presiden kelab itu.
Karier hidup Cassano pernah melihatkan dia memakai jersey (bermain untuk) Roma & Real Madrid


Popia
Pemain Hamburg, Pitroipa bernilai £5j dikatakan diperhatikan scout Liverpool.
Dia dari Burkina Faso, pemain biasa dan tak terbukti untuk EPL.
£5j? Beli N'zogbia jauh lagi berbisa


Jom Gosip | Kan manis camni



.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------