}

Terbaru

Wang Tebusan Untuk Gerrard

Liverpool hilang Gerrard mungkin untuk 3 hingga 4 minggu, lagi-lagi dalam saat kritikal ni. Tindakan terdesak dan selfish Fabio Aurelio untuk mengekalkan Gerrard di padang membawa padah, selepas Gerrard dapat M.C untuk kira-kira sebulan lamanya.


Masih tidak ada sesiapa minta maaf
Capello pula masih degil dan mempertahankan tindakannya. Apa rasionalnya, untuk match yang tak penting ini, Stevie kita dikorbankan? Lebih-lebih lagi nya Perancis mendahului 2-0, sehinggalah Peter Crouch yang mendekatkan jurang kepada 2-1, selepas menggantikan Gerrard.


Arrgh | Jaga mung Capello!
Stevie G mengalami kecederaan hamstring semasa perlawanan. Liverpool akan berbincang dengan English FA untuk mendapatkan wang pampasan sebanyak £500j untuk kecederaan semasa perlawanan international. Insurans FA itu mungkin menanggung gaji mingguan Gerrard sebanyak £120j, tapi masih belum diakui mana-mana pihak.


Perjanjian Sebelum perlawanan
Damien Comolli dikatakan dah bertemu Franco Baldini, staff England untuk memohon agar tak bermain lebih dari setengah jam, dan perjanjian mulut ke mulut dibuat. Tapi lain pula jadinya, selepas Barry dan Ferdinand injured, Gerrard kekal lama dalam perlawanan itu.



FA Sedia Bayar Ganti Rugi
Gerrard memang penting untuk Liverpool, kehilangannya buat lebih kurang sebulan mungkin memberi kesan untuk musim ini. FA sedia bayaran insuran untuk Liverpool, dan akan diberi kemudian. Theo Walcott & Jermain Defoe antara pemain diberi pampasan kepada kelab kerana tercedera semasa international duty ni. Michael Owen pulak antara pemain paling mahal menerima pampasan selepas tercedera semasa World Cup 2006.

Realitinya
Main peranan | Ini yang kita mahu
Adakah ini bukti Liverpool terlalu bergantung kepada si kapten ini, atau Fernando Torres? Ya, itulah kebenarannya, dan harapnya ada pemain yang akan mengambil peranan memacu kelab ini semasa ketiadaan mana-mana tonggak.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------