}

Terbaru

Ulasan : Liverpool VS West Ham



  Skuad Liverpool :  
Starter : Reina, Konchesky, Johnson, Carragher Skrtel, Poulsen, Meireles, Kuyt, Maxi, N'gog, Torres
Subs : Jones, Eccleston, Kyrgiakos, Aurelio, Kelly, Shelvey, Babel

   Skuad West Ham :   
Starter : Green, Jacobsen, Gabiddon, Upson, Ilunga, Piquionne, Noble, Kovac, Boa Morte, Obinna, Cole
Subs : Stech, Barrera, Reid, Tomkins, Spector, Nouble, McCarthy



-GOL-







-Jangan Alpa-

    3 jaringan separuh masa pertama cukup untuk memahat 3 mata penting buat Liverpool. Roy menggunakan formasi 4-4-2 dengan meletakkan N'gog dan Torres sebagai penyerang utama, dan Meireles sebagai pemain tengah.
    Akhirnya Roy mungkin menemui posisi terbaik Meireles, sebab sebelum ini dia tak pasti kerana meletakkan Meireles sebagai pemain sayap aka wide midfielder. Poulsen juga tak menhampakan dengan hantaran long pass ala-ala Xabi Alonso nya ke depan. Tapi pertahanannya jauh dari Mascherano, tapi tahniah sebab meningkatkan mutu permainannya, walaupun hanya menentang West Ham, pasukan tercorot liga.
    Kemenangan ini nyata disebabkan faktor kepasrahan West Ham yang membenarkan Liverpool tenang menguasai perlawanan. 
    Torres juga malang kerana gagal menemui jaring, walaupun kedudukan jaring tak pernah berubah tempat. Namun mengecewakan kerana Liverpool gagal menambah sebarang gol pada separuh masa kedua.
    Kembalinya Aurelio nyata menyenangkan, dan Aurelio mungkin membuat Roy memikir sejenak, untuk tak terus meletakkan sahabat handainya, Konchesky dalam skuad utama.
   Ketiadaan Gerrard tak melumpuhkan pasukan ini, tapi ujian sebenarnya, adalah bila bertemu Tottenham minggu depan di White Hart Lane, tanpa tonggak Stevie G.
   Syabas, kepada pasukan dan semestinya Roy Hodgson, kerana tak mengecewakan kali ini. Persoalannya, di manakah Jovanovic? Tak ada pun di bangku simpanan?  
    Liverpool jangan suka hati atau leka dengan kemenangan ini, kerana dengan lawan yang lagi kuat, kelekaan liverpool pasti sudah terhukum. Sepatutnya, kemenangan lebih besar dicatat, lagi-lagi dengan pasukan yang seakan pasrah dan rela dirobek seperti West Ham.



-GAMBAR-
Bermati-matian | Hingga putus tangannya


Kebangkitan | Johnson nak tunjukkan pada Roy

Lagi dua | Roy tak puas-puas
Sumbat | Jarinya menunjukkan bilangan gol



Tak layan | Maxi melompat seorang diri, tak disedari Glen

Makin baik | Bijak dengan bola


Handball | Bukan sekali tapi 2 kali


Gimik | Kembali dengan bergaya
Ganti Gerrard | Kuyt ambil peranan
Jaya | Rembatan ke tengah
Free header | Maxi menanduk bola ke gawang
Hampa | Green, " Oi West Ham, hangpa nak men ke xnak, kalo x aku pun malas jadi keepeq"
Salah orang | Meireles disangka Konchesky
Baru betul | Lain kali jangan botak ramai-ramai
Gelak | Gerrard lega
E' ele | Lawan team cam West Ham bleh la nak eksyen
Mengajuk | Roy berbisik "Abis, nak lawan Portsmouth?"
MOTM| Meireles terbaik hari ini




2 Komen:

Anonymous said... Reply to comment

bro highlight pjg xde ke?

Seizer said... Reply to comment

payah nak jumpa la bro... baru dapat.... enjoy la

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------