}

Terbaru

Roy Mengenai Hajat Reina, Prestasi Poulsen & Lucas

Harapan Roy
°Reina berniat untuk bertahan hingga hujung musim
°Rela dan bersedia teruskan Liverpool tanpanya
°Harap akan kekal lebih lama dan berjaya di sini

        Nampaknya Reina memang ada mengatakan niat untuk berhijrah tapi tapi tak mahu kembali ke Sepanyol. Peliknya, dia ditemuramah selepas kemenangan Liverpool ke atas Chelsea. Ia merupakan amaran awal kepada NESV agar mengembalikan keyakinan Reina terhadap kelab ini, dan juga kepada Roy agar kembali ke Liga Juara-juara Eropah musim depan.
Reina | Situasinya seperti Alonso
    Roy tetap memandang tinggi terhadap kebolehan Reina dan berharap dia akan kekal lebih lama dari itu. Namun begitu, dia dan Liverpool bersedia menjalani semuanya tanpa Reina.
    Roy juga percaya Reina merupakan antara pemain paling komited di Liverpool, sentiasa memberikan segala-galanya. 
    Pemergian Reina mungkin menyakitkan Liverpool, kerana tiada pemain dalam skuad yang setaraf, mahupun hampir setaraf dengannya. Namun itulah bolasepak, pemain datang dan pergi.

          "Kami gembira dengan dia (Reina), dan berharap dia akan kekal lebih lama daripada hujung musim ini. Kami harus hadapinya jika dia tak mahu bermain untuk Liverpool lagi...(Roy mengenai Reina)

Poulsen diberi lebih peluang
°Mungkin masih belum menemui sentuhannya
°Mahu semua pembeliannya yang lepas mencontohi Lucas

        Kata Roy, situasinya sama seperti Lucas dahulu? Ianya tak masuk akal kerana Lucas masih muda, berumur 23 tahun, sedangkan Poulsen sudah berumur 30 tahun! Sedankan Xabi Alonso memerlukan 4-5 musim sebelum menjadi enjin utama Liverpool, prestasi dan peningkatan Lucas memberangsangkan.
          Saksikan Lucas, apa yang istimewa tentang pemain ini? Pernahkah dia berasa tertekan atas provokasi lawan. Sentiasa tenang, dan apa yang menarik minat Rafa dahulunya, memainkan pemain ini setiap perlawanan? Ianya tentang etika, usaha dan kesungguhannya. Bezanya dengan Babel, sentiasa merungut kerana dimainkan di posisi yang salah, kurang peluang, tapi Lucas tetap terima walaupun dimainkan di posisi berlainan. Samalah seperti Kuyt
          Namun begitu, saya tetap percaya kepada Poulsen, mungkin perlu lebih peluang. Sedikit mengecewakan keran dibeli dengan harga yang kira-kira 5j Pound, dan Aquilani pula dihantar ke sana, namun mungkin Roy ada taktiknya sendiri

         "Mungkin Christian sedang mengalami situasi yang sama dengan Lucas, tapi saya percaya dengannya, dia akan bermain untuk menang(Roy mengenai Reina)

        Dan kepada budak ini yang bakal menjadi ayah tak lama lagi, teruskan! Saya pun pernah meragui kamu dulunya. 

Selayaknya | Bertambah bagus

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------