}

Terbaru

Poulsen Nak Kekal, Aquilani Membawa Diri... dengan Johnson?

Ejen Poulsen, mengumumkan dengan sukacita Poulsen akan kekal di Anfield. Ejennya tahu Poulsen bukan jenis kuat melatah.. ehem... bukan jenis cepat menyerah. Poulsen berikrar akan berusaha untuk mencapai cita0cita dan untuk merebut tempatnya. Besar tapak kaki, Stadium Anfield kami tadahkan.
Pemain ini diherdik, dicerca, dimaki oleh peminat sendiri. Tapi kita Liverpool, beri peluang dan sokongan kat mamat Poulsen ni. (Kes Roy lain cerita), mungkin dia boleh turunkan ilmu sikit-sikit kat Lucas, yang dah menuntut dari Mascherano, Alonso, & Gerrard.


Lain pula cerita si Aquilani, hatinya bukan di Liverpool tapi sudah terpaut dengan bandar Turin, dengan kata lain berminat kekal di Juventus. 


         "Itu bergantung pada Juventus, kalau mereka nak saya, saya pun nak kekal"


Aquilani dah sumbat sebijik gol, dalam 10 permainan di Juventus. Nak ke Juventus dengan harga diskaun dari Liverpool ? Kontrak Aquilani ada transfer klaus, jika Juventus bayar cukup nilai (13.5j pound), Liverpool harus terima. Kemudian bergantung pada pemain. Jika taknak di Liverpool, si Aquilani ni boleh berambus. Dengan duit pembelian mungkin boleh tambah bajet transfer Januari atau musim depan.


Selepas ditanya sapa yang Aquilani mahu ke Juventus, ini jawapannya,


         "Saya harap rakan-rakan lain tak terasa, saya rasa saya suka (mahu) Glen Johnson"


Nampaknya, bukan Juventus yang berminat dengan Johnson tapi si Aquilani sahaja.

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------