}

Terbaru

Jesus Joaquin Fernandez Saenz De La Torre Dapat Kontrak Professional

Panjang sungguh nama sebenarnya, tapi selepas dibuang lebih kurang 88.9% namanya, terciptalah nama sedap didengar, pendek dan familiar lagi, iaitu Susu. Keluar pada 19 November 1993, Suso menandatangani kontrak professional pertamanya dengan Liverpool selepas mencapai 17 tahun. Suso akan kekal sehingga tamat kontrak ini, sekurang-kurangnya sampai 2013. 

Istimewa | Mungkin yang paling kacak antara prospek lain?


    Berasal dari Cadiz (Sepanyol) & kelab FC Cadiz (Sepanyol) dan budak cilik ni menawan minat Liverpool selepas tempoh trial masa pre-season dulu. Kate orang, gaya permainan si Suso ni, pergerakan & gerak-geri gasingnya macam Iniesta, tambah lagi, passing dan vision nya macam Fabregas. Itu kate orang, memang mengujakan untuk Liverpool memiliki Suso, campur lagi dengan pemain berharapan tinggi macam Raheem Sterling, Shelvey & Pacheco. 


Rambut | Pemain paling lama berdandan menurut pemain muda lain
    Harapnya dapat la Suso ni tembus ke skuad utama, jangan jadi macam pemain sebelum ini, muda, kurang masa main, loan, pastu jual. Jurulatih Liverpool Reserve, John Mc Mahon jugak pernah memuji seronok tengok Suso bermain (maknanya hebat la tu).

Layan Sedutan dari YouTube ni

Gol Suso, Liverpool Reserve VS Newcastle Reserve



Video Rojak Suso


Dan Ni Raheem Sterling (kalau tak pernah dengar)



2 Komen:

Nuff4u said... Reply to comment

salam ziarah pagi...cbox masalah

Seizer said... Reply to comment

tq.. ziarah... shoutmixnya web mmg ad prob...

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------