}

Terbaru

Gosip Perpindahan Terbaru

Mata masih sasaran utama
°Prestasi memuncak di Valencia, selepas pemergian Silva dan Villa
°Masalah kewangan di Valencia mungkin memaksa penjualannya
°Posisi utama di wing kiri
°Dinilai berharga £17j
°Sesuai dengan polisi baru NESV, yang mahukan pemain muda

Grr | Mungkin akhir musim ini
     Mata merupakan pemain yang laju, lincah, dan banyak tricknya. Inilah pemain yang diidamkan Liverpool sejak bermusim, terutamanya selepas kehilangan Luis Garcia, dan Hary Kewell. Dapat menghidupkan kehebatan bahagian sayap, seperti kelab top lain.


St Etienne takkan jual sesiapa
°Matuidi dan Payet dikaitkan ke Liverpool
°Takkan jual pemain di tengah musim
°2 pemain ini dikatakan sasaran Comolli
(Sebelum ini)-Payet


      Malangnya dua sasaran hebat ini dinafikan ke Liverpool, sekurang-kurangnya untuk Januari ini.


Jarvis | Hooah! Liverpool nak aku?
Matt Jarvis Si 'Under-rated'
°Prestasi di Wolves menarik minat
°Berupaya bermain di kedua-dua sayap, kaki kuatnya kanan
°Mungkin bernilai £8j, berumur 24

°Dikatakan menarik minat Capello, mungkin akan dipanggil ke skuad England nanti


      Mungkin ramai tak kenal Matt Jarvis sekarang ini, jadi kenal-kenalkanlah. Dia sememangya under-rated, dan kelab layak untuk bermain di kelab yang lebih ternama. Dan yang penting sekali, murah dan hebat.


Pogrebnyak? Tak cukup hebat untuk Liverpool
°Pemain Stuttgart, 26
°Dinilaikan 
£12j, mahal untuk pemain sepertinya
°Turut diperhatikan kelab EPL lain


Tak heran | Pogrebnyak terlalu mahal
     Sesuai dengan namanya yang susah disebut, mahupun dieja, Pogrebnyak tak cukup hebat untuk Liverpool. Sedangkan peminat Sturrgart sendiri tak menilainya dengan tinggi, inikan pula di EPL ni. Lebih-lebih lagi harganya yang mahal, baik Liverpool cari alternatif lain seperti Toivonen dan Llorente, walaupun saya rasa pemain di bahagian striker Liverpool sudah bukan keutamaan, kerana banyak pemain muda lain.



Emanuelson direbut 
°Pemain Ajax, kontrak tamat hujung musim ini
°Pemain sayap ini turut direbut Juventus

     Jarang namanya didengar, tapi di tak berjaya ke World Cup hari itu untuk bersama Belanda. Seorang pemain yang average, tapi disebabkan kontraknya hampir tamat, mungkin ianya lumayan bagi Liverpool. Kelab lain berkendong untuk merebutnya. 

0 Komen:

Tinggalkan pendapat

Related Posts with Thumbnails ----------------------------------------------------------------------- --------------------------------------------------------------------------